Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

January 2012 archive

Semailah Pohon Tanggungjawab

Semailah Pohon Tanggungjawab

Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggungjawab.
Walaupun berat terasa mulut untuk berbual dengan isteri akibat beban masalah menyara rumahtangga, namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah sedekah.
Walaupun terasa sukar mengukir senyuman di hadapan suami bahana kerenah anak-anak, tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah dan terus tersenyum di hadapan suami justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunnah.
Sedekah dan sunnah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sesebuah rumahtangga.
Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah pohon tanggungjawab. Insya Allah,musim cinta akan kembali dan ketenangan serta kebahagiaan akan kembali harum dan mewangi!
~ Ustaz Pahrol

Bento 18 Januari 2012

Balik kampung baru ni jumpa bekas yang tidak digunakan. Saya bawa pulang ke Damansara Kuantan dan hari ini saya gunakan untuk bento kali ini. Warnanya merah jambu kerana ia  sebenarnya milik adik perempuan saya. :p

Ada 3 tingkat.

Tingkat paling atas, 3 peket biskut sayur untuk dimakan waktu 10.30 pagi dan 4.30 petang.

Nasi berserta salad dan tomato.

Lauk kali ini ialah ayam masak stim resipi campak-campak.

Gandingan ketiga-tiga bekas.

Hisham Ahmad
Kuantan.

Bento 12 Januari 2012

Bento hari ini mudah dan ringkas.

Nasi putih, telur goreng, kepingan daging ayam, salad dan tomato. :)

Untuk lebih menampakkan suasana Jepun, bento dibalut dengan Furoshiki. Jenis balutan yang saya gunakan ialah ialah Otsukai Tsutsumi.

Digandingkan dengan bento ialah botol minuman. Setiap hari saya akan membawa 1 botol air putih yang berkapasiti 1600 ml.

Die or Green??? Mari bersama menjaga alam sekitar. Go Green!!

Kelihatan Hiroshi sedang cuba mengambil makanan tanpa kebenaran saya. Hahahaha.. Kantoi!

 

Hiroshi dalam kekecewaan.

 

Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang.

SMS: Shortly Muhammad (s.a.w) Says (1)

SMS: Shortly Muhammad (s.a.w) Says (1)

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Waktu terdekat antara Tuhan dan hambaNya adalahdi pertengahan malam terakhir. Apabila kamu termasuk orang yang mampu berzikir kepada Allah pada ktika itu, maka lakukanlah.”

(Hadith riwayat At-Tirmizi, An-Nasa’i dan Hakim)