Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

June 2012 archive

Puding Honeydew

Puding Honeydew

Berita sebelum entri :

England dah terkeluar. Germany pun menerima nasib yang sama. Final Spain akan menentang Italy. Adakah saya akan tertidur juga sebagaimana 2 perlawanan  sebelum ini? Pasukan pilihan saya dah terkeluar maka menunggu BPL bermula untuk musim hadapan. YNWA. (more…)

Kami Pergi Melancong

Kami Pergi Melancong

Cuti hujung minggu lepas, antara pengisian yang dilakukan ialah melancong ke beberapa buah negara dalam masa yang singkat. Bukan untuk membeli- belah tetapi melihat keindahan rekabentuk bangunan-bangunan di beberapa buah negara. (more…)

Penkek yang mudah sangat-sangat

Penkek yang mudah sangat-sangat

Penkek yang terhasil

Semalam masa tunggu giliran jumpa doktor, sambil-sambil tengok tv rancangan 5 rempah 5 rasa. Tengok dia buat kuih chakoi terasa teringin pula nak makan. (Apatah lagi sedang berpuasa). Dipendekkan cerita, dek kerana terliur dengan kuih chakoi tersebut, selepas isyak saya bersegera buat penkek.
(Langsung tiada kaitan antara chakoi dan penkek. Abaikan bagaimana proses transformasi keinginan tersebut berlaku)

Menjadilah juga penkek ini walaupun pertama kali mencubanya.

Resipi yang saya gunakan adalah berdasarkan kepada blog Mat Gebu. Klik sini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1 camca besar gula halus
1 cawan susu segar (atau 1 cawan air + 2 camca besar susu tepung) - [Saya guna susu segar]
1 biji telur
3 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla (optional) – [Saya masukkan]
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 diatas dan kacau dengan whisk hingga semua sebati, halus dan tidak berbintil2 atau masukkan semua ke dalam blender dan kisar hingga rata. Rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick frying pan menggunakan api paling kecil, sapu dengan sedikit mentega kemudian lap dengan paper towel. Kemudian tuang 1/2 cawan adunan pancake di tengahtengah pan tadi. Biar sehingga permukaannya berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap.
  3. Alihkan ke dalam pinggan. Buat hingga siap. Api perlu kecil untuk mendapatkan pancake yang sekata warnanya. Lagi satu jangan ada tompokan mentega atau minyak pada pan, nanti pancake tak jadi licin dan ayu. Hidang bersama manisan kegemaran dan hias ikut kreativiti masing2….

Selamat mencuba!

Hisham Ahmad
Damansara, Kuantan.