Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

October 2012 archive

Riadah : Kolam Renang, Felda Residence Tekam

Riadah : Kolam Renang, Felda Residence Tekam

Cuti 5 hari sempena Aidil Adha baru ni, kami (saya, isteri, anak-anak, adik  dan anak-anak saudara) beraktiviti di kolam renang. Dua kali pergi. Kali pertama hari Khamis sebelum raya dan kali kedua hari Sabtu lepas raya. (more…)

Misi : Makan Tengahari

Misi : Makan Tengahari

 

Bila orang tanya di mana tempat makan yang sedap, saya akan nganga. Definisi sedap tu sukar nak dijelaskan. Apatah lagi saya jarang sangat-sangat makan di gerai/restoran.

Kalau hari kerja macam mana? Ok, kalau saya bawa bekal tiada masalah. Kalau tak bawa bekal/bento, dulu selalu ke WS Santap. Sebabnya dekat dengan masjid. Lepas solat zohor terus pergi makan. Malangnya WS Santap dah tutup dan bertukar menjadi kedai mamak. Saya memang kurang sangat dengan kedai mamak. (more…)

Mimpi membuah rindu

Mimpi membuah rindu

 

Selalunya bila sebut mimpi, macam-macam yang tak diduga berlaku dalam mimpi tersebut.

Malam tadi saya bermimpi.

Memang lah sangat caca marba dan tak logik. Lokasi dalam mimpi saya ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka Sebelas.  Dalam mimpi itu, saya dalam usia sekarang malahan ramai yang wujud dalam mimpi tersebut adalah rakan-rakan pejabat. Suasananya bertukar-tukar kadang-kadang dalam kelas dan kadang-kadang dalam bilik mesyuarat.

Walaupun dalam umur sekarang dalam mimpu tu, tapi masih bergelar murid dengan baju dan beg sekolah.  ( Dah namanya mimpi, memanglah tak logik) (more…)