Sebagaimana adanya musim-musim permainan seperti musim gasing, musim layang-layang, musim konda-kondi (blok B kawasan rumah saya panggil Koti), musim terup, musim getah dan lain-lain, ada juga musim ‘bahasa’.
Kalau kau tak turut terlibat dalam setiap peralihan musim yang berlaku, kau memang tak layak memegang status kanak-kanak Felda Jengka Sebelas!
(more…)
1994
Musim periksa akhir tahun dah lama habis. Keputusan periksa pun dah tahu. Aktiviti sukan untuk mengisi masa lapang murid-murid darjah 6 pun dah lama berlalu. Tak lupa juga pertandingan menyanyi yang menyaksikan kawan-kawan sedarjah punya gaya dan persembahan. Lepas je UPSR, semua dah tak semangat nak belajar. Periksa akhir tahun pun macam main-main.
(more…)
The Fourth Tuesday ; We Talk About Death – Buku Tuesdays With Morrie, ( Mitch Albom )
———————-
He turned his head to his shoulder as if the bird were there now.
“Is today the day I die?” he said.
———————-
“The truth is, Mitch,” he said, “once you learn how to die, you learn how to live.”
I nodded.
—————————————— (more…)
Ketika di sekolah rendah, antara yang dinanti ialah hujung musim persekolahan (kecuali hari-hari terakhir darjah 6 – Akan diceritakan dalam entri akan datang).
Hujung musim sekolah amat seronok kerana saya (baca kita) akan bercuti selama sebulan. Sebelumnya pula ada majlis persembahan dan penyampaian hadiah. Untuk persembahan seronok untuk melihat persembahan yang jarang-jarang dapat dilihat. Upacara penyampaian hadiah pula seronok kerana akan dapat banyak hadiah. (more…)
Jengka…. Tahun 90-an.
Apalah yang kanak-kanak kecil itu tahu tentang kepelbagaian cita-cita. Yang sering terungkap di kalangan mereka hanyalah ingin menjadi Polis, Askar, Cikgu, Posmen, Doktor, Kerani, Peguam…. Hanya berlegar di sekitar nama-nama itu. Bila ada seorang guru menceritakan tentang sains dan angkasa lepas, juga adanya pekerjaan yang dipanggil ASTRONOMI, barulah ada yang berani menjaja cita-cita ingin menjadi Astronomi atau ada yang lebih umum menyatakan ingin menjadi Saintis.
Saya? (more…)