Info pendek-pendek
- 16 Februari 2009
Isteri saya memulakan kerjaya baru. Malam ini akan dengar laporan tentang apa yang terjadi sepanjang hari pertama ini. - Jangan lupa menyaksikan rancangan KES SYARIAH di TV9 bermula 19 Februari ini jam 9.30 malam. Rancangan ini diterbitkan oleh abang saya, ( lain mak, lain ayah) Ustaz Fasil. Ketika Ustaz Fasil memaklumkan pada saya tahun lepas berkenaan rancangan baru ini yang diusahakannya, saya pula yang terlebih excited. Akhirnya akan ke udara juga pada Khamis ini.

- Pagi tadi sudah tempah CD Inteam Reunited bertajuk Allahu Rabbi. Bila dah release, CD itu akan sampai terus ke rumah. Bagus! Dan istimewanya lagi, saya termasuk di antara 100 yang terawal dan akan menerima CD bersekali dengan autograf.

- Dari pagi sampai ke petang pasang lagu baru UNIC bertajuk, Hanyut, Jalan Ku Pulang dan Langkah Tercipta. Ringtone dan Message Tone pun sudah bertukar kepada lagu-lagu baru UNIC.
- Insya Allah, minggu depan saya akan beli Laptop!
- Wordpress 2.7.1 is available! Please update now.
Malas nak update lagi buat masa ni. Nak guna wordpress 2.7 je. Boleh?
Hisham Ahmad
Kuantan


pjg xreport mlm ni? excited ke x ustazah najibah tu?
Faiz: Boleh tahan la report tu. Biasa la bila dah tukar kerja dari tempat yang agak selesa kepada tempat yang biasa-biasa.
Malam tadi fotostat bersama-sama course outline untuk edar pada student dengan menggunakan printer 3 in 1 tu.
saya nak tau jugak reportnya… kat sana tak selesa ke? apa pun selepas ni kami pun dh tak selesa sebab kena turun dok sekali ngan internal audit div.
lama gak menunggu posting baru…Akhirnya muncul jugak..Alhamdulillah..Blog najibah rasanya mcm dah lama sangat tak update.. dapat baca posting husband dia pun kira ok lah… Sekurang2nya tau jugak la perkembangan sahabat saya tu..
sampaikan salam saya pd dia yer..Semoga kalian bahagia selamanya…wassalam…
Hairin : Najibah takde sumber internet. Saya tengan mencuba mendapatkan laptop sendiri memandangkan laptop gomen sebelum ni dah tak dapat diselamatkan. Di ofis pun komputer slow. Nak tak nak kena beli laptop juga.
:roll: baby pun dah gerak2 dengar ustazah menjerit! hehehe itu repot pada saya…
yg pasti dia beruntung mengajar peljar yang nak belajar dan telah matang berfikir.. dari cikgu sekolah, yang ajar pelajar yang dah tak minat belajar, kurang ajar plak tu… huhuhu.
apepun ini kerjaya yang mulia…cakap dia..bersabarlahhhhhh
:mail01:
kalau bebudak cam ni ok gak… hahahahha