dm5

Bersamaan dengan tarikh pilihanraya kecil Kuala Terengganu, kami di Kuantan berkumpul atas nama Misi Keamanan “PALESTINE RIDE”. Tempat letak kereta berhadapan Mahkota Square menjadi saksi perhimpunan kami ini.

Seawal jam 9.00 pagi kehadiran peserta konvoi dan orang ramai telah dirasai.

Apabila para peserta menukar pakaian kepada warna kuning ( termasuk saya), ia mengingatkan saya tentang perhimpunan BERSIH pada satu ketika dahulu.

Apa sudah terjadi dengan kempen memakai baju kunig setiap Sabtu? Itu soalan yang terdetik pada ketika itu.

Sebagaimana dijadualkan, jam 10.00 pagi sesi bermula. Ucapan alu-aluan dan disusuli dengan  ceramah oleh Ustaz Khairul Annuar. Mengisahkan pengalaman yang didapati ketika belajar di Timur Tengah serta kajian yang dilakukan. Mengenalkan kepada para tetamu siapa itu Yahudi.

Ceramah seterusnya disampaikan oleh seorang penceramah berbangsa Arab ( maaf saya lupa nama beliau)  dengan diterjemahkan oleh pengerusi majlis. Ceramah kali ini berkisar tentang penderitaan yang dialami warga Palestin serta perlunya kepada umat Islam dan masyarakat dunia menghulurkan bantuan kepada Palestin.

Di tapak perhimpunan ini juga disediakan tabung untuk menderma. Jualan amal juga diadakan. Antara barang yang dijual ialah T-Shirt bercetak Boycott Israel Products, Support HAMAS dan Save palestine. Tidak lupa juga stiker dan bendera Palestin.

Selesai sesi ceramah, penyerahan sumbangan dari kelab-kelab motorsikal kepada palestin melalui Mercy dijalankan.

Sesi taklimat konvoi diteruskan dengan penyusunan motorsikal-motorsikal mengikut kategori.

Konvoi bergerak menuju ke Mydin, Kuantan parade, Berjaya Megamall sebelum meneruskan ke destinasi seterusnya iaitu di Teluk Cempedak. Antara misinya ialah mengutip sumbangan untuk disalurkan ke Palestin.

Berikut adalah gambar-gambar yang berjaya dirakamkan.

dm

Salah seorang peserta sedang melekatkan bendera.

dm1

Kibaran bendera Palestin oleh remaja.

dm2

Tetamu sedang mendengar ceramah.
Bersila di atas dataran berlatarbelakangkan Masjid Negeri.

dm3

Wawancara bersama pihat RTM

dm4

Masing-masing sudah menukar pakaian.

dm8

Peserta konvoi mendengar taklimat

dm6

Lagi gambar berlatarbelakangkan Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah

dm9

Peserta konvoi mengambil posisi masing-masing

dm11

Peserta disusun berdasarkan kepada kategori motorsikal

dm10

Klasik

Get the Flash Player to see the wordTube Media Player.

Bila kan-Damai ( Klik di sini untuk muat turun)

Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Didera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Di wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah kan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu
Bilakan berhenti kekejaman?

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah kan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu
Bilakah terhapus penindasan?

Ke mana hilangnya kemanusiaan?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula kan muncul kedamaian?
Soalan yang masih tiada jawapan…..

Dengarkan lagu ini dengan setulus ini..

kerat1




Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon