
Kuala Lumpur, 16 Jan – Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.
Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.
Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.
“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).
Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.
Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.

“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selin itu, isu ini sengaja dicetuskan bag imegalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,”ujar beliau.
Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.
Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.
Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.


Salam Syam,
Nak komen sikit pasai Bab 1 ni. Pada PRK semasa Ust Ramadhan menjadi calon, kita pernah digemparkan tentang balingan cat merah pada dinding surau APIUM. Walaupun pada waktu tu pihak keselamatan bertugas, namun kes tersebut tetap terjadi. Hebat… Tetapi kali ini, lagi hebat. Masih sempat hampar kain, meletakkan kepala BAB 1 tu dan menyembur cat pada dinding. Take time tuu.. Maknanya keja ni mungkin ada kaitan gak sedikit sebanyak mengenai pentadbiran UM yang stress. So, matlamat menghalalkan cara. Entah la. Anggapan je. Budak2 kita pun tang BAB 1 ni lemah sikit.
Waalaykumusalam Lan,
Masa PRK yang tu, saya ada buat rondaan juga di APIUM dalam jam 1 pagi ke atas. Masa tu memang takde lagi sos / cili boh. Memang terkejut bila sampai APIUM keesokannya dah ada’tanda ingatan’ tu.
U’re rite. Memang take time nak buat tragedi BAB SATU @ BABI ni. Pandangan saya macam ni :
1. Kalau yang buat tu pada KPnya ada tertera MUSLIM, memang bodoh tahap tepu!
2. Selain daripada No.1 : Where are your respects?? Did u really a human??? Banyak nak tulis lagi ni!