Tags: Buku, download, kupon, pesta, pts, pwtc

Esok akan bermula Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kali Ke-28. Pesta Buku ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 17 April 2009 hingga 26 April 2009.
Kepada bakal-bakal pengunjung PBAKL, saya ada berita gembira dari PTS Publications & Distributors. Pihak PTS telah berbesar hati menyediakan kupon diskaun bagi pembelian buku di gerai PTS, PBAKL.
Bagaimana cara hendak mendapatkannya?

Atau boleh juga kunjungi laman tersebut DI SINI.
Bila saya akan berada di sana?
Kepada sahabat-sahabat yang hendak bertemu dengan saya ( macam la saya ni orang besar ataupun amat terkenal!), saya akan berada di Pesta Buku Antarabangsa KL ini pada hari SABTU, 25 APRIL 2009. Insya Allah saya akan bertolak dari Jengka pada jam 8.00 pagi dan terus menuju ke PWTC. Kemudian saya akan menuju ke Shah Alam. Kemungkinan besar juga selepas selesai agenda di Shah Alam saya akan kembali ke PWTC sebelum bertolak ke Putrajaya. ( Biasa la orang terkenal, banyak tempat yang perlu saya pergi).
Jumpa anda di sana! Jangan lupa download kupon diskaun!



Tinggalkan Komen