Alhamdulillah, tercatat lagi satu kisah di hamparan sejarah insan.
22 Julai 2009 jam 4.05 petang, Nur Aqilah binti Nor Hisham tiba menjengah dunia.
Kelahiran yang dijangka pada 15 Julai 2009, tapi sudah tertulis bahawa bukan detik itu saatnya. Seminggu melebihi jangkaan. Sehari sebelum isteri saya diminta ‘menyerah diri’ untuk melahirkan bayi i dalam kandungannya.
Saya paparkan gambar Nur Aqilah di sini. Untuk bacaan lebih lanjut, boleh membacanya di sini.
Buat anakanda Nur Aqilah,
“Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh.
Ya Allah wahai Tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat.
Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Pengasih.”
Hisham Ahmad
Kuantan





salam…baju aqilah warna hijau pucuk pisang tu sama la ngan baju irfan…sebijik sebijon…blehla berbesan….hehe
Hahahahahaha.. camtu pulak…
salam hisham..dh ada baby rupenye..tahniah.moga mnjadi ayah & ibu yg tbaik buat ank yg soleh@solehah..
salam ramadhan & raya nnti jmput la ke rumah klu ada d jengka..
salam hisham..dh ada baby rupenye..tahniah.moga mnjadi ayah & ibu yg tbaik buat ank yg soleh@solehah..
salam ramadhan & raya nnti jmput la ke rumah klu ada d jengka..