
Persatuan Pegawai Syariah Malaysia
Pada 2-4 Julai 2010 saya telah mengikuti Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Kali Ke-12 yang dijalankan di Bukit Gambang Resort City. Bertemakan ‘ Ke Arah Pengukuhan Perundangan Syariah’ sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan. Berikut adalah di antara isi yang telah dibentangkan.
Kertas Kerja 1 : Memacu Transformasi Perundangan Islam Di Malaysia
Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah IKIM.
Antara isi pembentangan ini ialah perlunya kepada satu transformasi yang bukan secara sedikit tetapi perlu dipacu dengan pesat dan tangkas. Perumpamaannya bukan lagi seperti berubah daripada menggunakan kereta Kancil kepada kereta BMW, tetapi transformasi yang perlu dibuat ialah seperti berubah dari menggunakan kereta kancil kepada kapalterbang.
Dari segi melahirkan pegawai kehakiman dan perundangan syariah yang cekap, juga dicadangkan supaya JSKM menjadi pihak yang bertanggungjawab bagi menyelia kursus-kursus /program yang ditawarkan di institut pengajian.
Turut dicadangkan ialah dengan penubuhan Institut Latihan Kehakiman secara khusus bagi meningkatkan kemahiran dan melahirkan pegawai kehakiman dan perundangan yang cekap.
Turut disentuh ialah pada cadangan bagi mewujudkan Suruhanjaya Kehakiman Dan Perundangan Islam.
Proses transformasi yang dicadangkan ini juga ditetapkan berdasarkan kepada 4 prinsip iaitu :
- Syariah Asas Keadilan
- Penyampaian Berteraskan Kreativiti dan Inovasi
- Penekanan Kepada Kepantasan Membuat Keputusan dan Bertindak
- Memartabatkan Nilai Integriti Yang Tinggi
Apa yang menarik yang telah dicadangkan ialah perlunya diwujudkan satu bahagian/ unit media korporat di mana antara fungsinya ialah sebagai ‘pasukan pertahanan’ bagi menjawab isu-isu yang melibatkan perundangan syariah dan dalam masa yang sama meningkatkan imej dan kredibiliti perundangan syariah.
Kertas Kerja 2 : Perundangan Kewangan Islam Di Mahkamah Syariah : “Harapan dan Cabaran”

Assoc. Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin
Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Assoc. Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin, Pengarah Eksekutif International Shari’ah Research Academy For Islamic Finance (ISRA).
Cadangan supaya kes-kes perbankan Islam dibawa ke Mahkamah Syariah bukanlah sesuatu yang baru. Namun cabaran ke arah pelaksanaannya memerlukan kepada satu usaha yang bersepadu. Berikut adalah cabaran yang dihadapi bagi melaksanakannya.
- Sistem Perundangan Negara
(a) Cabaran kepada pindaan terhadap Senarai 1 & 2 Perlembagaan Persekutuan.
Isunya di sini ialah kuasa membicarakan pertikaian kewangan Islam di Mahkamah Syariah dan juga kuasa kepada Mahkamah Syariah yang melibatkan orang bukan Islam dan badan korporat.
(b)Pindaan terhadap Seksyen 5 AKta Undang-undang Sivil-
Bagi Mengecualikan konflik kewangan Islam daripada perlu merujuk kepada Undang-undang Common Law.
(c) Undang-undang persekutuan sedia ada serta undang-undang negeri.
Perkara ini ialah apabila melibatkan kepada risiko ketidakseragaman undang-undang kerana setiap negeri mempunyai perundangan syariah yang berbeza. Begitu juga cabaran kepada Mahkamah Syariah dari segi bagaimana untuk menyelesaikan konflik antarabangsa. - Pentadbiran Mahkamah Syariah
Cabaran bagi pentadbiran Mahkamah Syariah pula dilihat dari segi enakmen-enakmen bekaitan kewangan Islam perlu digubal. Begitu juga dari segi kecekapan pentadbiran yang perlu ditingkatkan. Ini adalah berdasarkan kepada keperluan kepada latihan, dan dalam masa yang sama menangani lambakan kes-kes mal dan jenayah yang sedia ada.
Sistem sokongan juga perlu dipertingkatkan dan dipermudahkan di mana perlunya kepada infrastruktur dan bilangan tenaga kerja yang bersesuaian. Dalam masa yang sama kemudahan untuk para hakim Syarie merujuk pakar kewangan Islam dan pakar kewangan moden perlu disediakan. - Para Hakim Syarie
Ini adalah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh para hakim syarie di mana perlunya kepada pengetahuan yang setaraf dengan penasihat institusi kewangan Islam. Pengetahuan berkenaan aspek syariah yang mantap juga mempunyai kefahaman berkaitan kontrak-kontrak muamalah moden yang diamalkan. - Peguam Syarie
Para peguam syarie yang beramal di Mahkamah Syariah perlu menguasai aspek kewangan Islam. Kemampuan dalam membuat draf kontrak transaksi syariah adalah amat perlu dan ini adalah antara lainnya supaya dapat membantu pihak-pihak kontrak dan mahkamah memahami kandungan kontrak yang telah dibuat. Selain itu, para peguam syaire juga perlu membuat kajian dan mengikuti perkembangan semasa undang-undang muamalah dalam membantu mahkamah di dalam kes-kes yang didengar. Ini adalah termasuk dari segi hujahan yang mengikuti keperluan semasa.
Kemampuan peguam syarie memastikan setiap kontrak yang dibuat turut dimasukkan klausa penyelesaian melalui kaedah alternative juga diperlukan supaya pihak-pihak diberi peluang memilih jalan damai dalam penyelesaian konflik dan dalam masa yang sama mengelakkan kos guaman yang tinggi dan masa yang panjang dalam proses perbicaraan. - Pemantapan Sistem Sulh
Sistem Sulh yang digunapakai di Mahkamah Syariah kini perlu dimantapkan. Para pegawai sulh perlu membiasakan dengan kes kewangan Islam yang kompleks dan untuk itu, latihan, pengetahuan berkaitan kewangan Islam amat diperlukan.
Dicadangkan juga dalam menangani kes-kes ini beberapa kaedah digunakan iaitu kaedah perdamaian (conciliation), pakar bebas (expert opinion), bicara mini (adjudication), perantara (mediation) dan timbang tara (arbitration).
Selain daripada cabaran-cabaran yang dinyatakan, beberapa alternatif boleh diambil sekiranya kes-kes kewangan islam tidak dapat di bawa ke Mahkamah Syariah sepenuhnya. Alternatif yang dicadangkan ialah:
- Mahkamah Syariah Dengan Panel Hakim Khas
Kes-kes didengar oleh 3 hakim iaitu, Hakim Syarie, Pakar Kewangan Islam dan Pakar Kewangan Moden - Mahkamah atau Tribunal Khusus
- Mahkamah Tinggi dengan Panel Hakim Khas
Meliputi 3 hakim, Hakim Sivil, Hakim Syarie dan Pakar Kewangan Islam atau Hakim Sivil yang arif Syariah - Kaedah Penyelesaian Alternatif
Sebagai kesimpulan daripada kertas kerja ini dirumuskan bahawa system perundangan Negara berkaitan kewangan Islam serta kaedah penyelesaian pertikaian berkaitan dengannya perlu disemak semula. Sekiranya Mahkamah Syariah ingin membicarakan konflik kewangan Islam, pelbagai persiapan perlu dilakukan.
Kertas Kerja 3 : “Natrah” : Menyingkap Sejarah & Perundangan
Kertas kerja ini dibentangkan oleh Datin Seri Hajah Fatini Yaacob, Karyawan Tamu, UTM.
Kisah Natrah bukan kisah biasa. Ia bukan sekadar kisah cinta antara Natrah dan Mansor Adabi, tetapi juga kisah cinta sebuah bangsa terhadap agama Islam yang dihina oleh penjajah dan kisah cinta sebuah bangsa untuk membebaskan Negara dari penjajahan.

Natrah (1937-2009) Cinta. Rusuhan. Air Mata
Kertas kerja ini selain daripada berlatarkan buku Natrah (1937-2009) Cinta-Rusuhan–Air Mata, ia turut menyingkap kepada sejarah kebangkitan sebuah bangsa, cadangan tindakan jawatankuasa persidangan, konflik undang-undang kes perbicaraan Natrah dan juga perjuangan memartabatkan undang-undang Islam.
Dalam aspek kebangkitan sebuah bangsa, pembentang telah membahagikan kepada enam tahap.
Tahap Satu (1211-1511) –Kemasukan Islam dan kegemilangan orang Melayu.
Tahap Dua (1511-1940) – Kemasukan penjajah – Portugis – Belanda-Inggeris
Tahap Tiga (1940-1950)- Orang Islam mula sedar akan tekanan penjajah dan erti perjuangan kemerdekaan.
Tahap Empat(1950-1957) –Merdeka tanah air dan memerintah sendiri
Tahap Lima (1957-2010) – Pengisian Kemerdekaan
Tahap Enam (2010-2070) – Peluang dan Cabaran kepada Memartabatkan Undang-undang Islam
Melihat kepada konflik undang-undang yang berlaku dalam kes Natrah ini, kita dapat menyaksikan bagaimana perjuangan memartabatkan Undang-undang Islam yang dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim (juga merupakan peguam dalam kes tersebut).
Telah banyak kerja yang diselesaikan oleh beliau, tetapi dalam masa yang sama masih banyak juga yang perlu dilakukan. Para perwakilan persidangan perlu menghayati kata-kata beliau dan semoga ia menjadi semangat untuk terus berjuang memartabatkan perundangan Islam.
“We should be confident of the superiority of Islamic Law because its basis comes from revelation from Allah Who is Wise and All Embracing in His Knowledge. As student and practicioners in the law we have seen how many principles of English Law, especially in the family law, have been amended so that they have nearer to those of Islamic Law”*
Saya selaku peserta di dalam persidangan ini amat mencadangkan agar para pembaca mendapatkan buku Natrah (1937-2009) Cinta-Rusuhan–Air Mata ini.
Berkaitan dengan persidangan ini, saya mengharapkan juga untuk tahun-tahun akan datang akan ada yang bertemakan kepada pengkisahan atau perjuangan Allahyarham Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim.
Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang.
*[1994] 4 IIU Law Journal 1
Pada 2-4 Julai 2010 saya telah mengikuti Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Kali Ke-12 yang dijalankan di Bukit Gambang Resort City. Bertemakan ‘ Ke Arah Pengukuhan Perundangan Syariah’ sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan. Berikut adalah di antara isi yang telah dibentangkan.
Kertas Kerja 1 : Memacu Transformasi Perundangan Islam Di Malaysia
Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah IKIM.
Antara isi pembentangan ini ialah perlunya kepada satu transformasi yang bukan secara sedikit tetapi perlu dipacu dengan pesat dan tangkas. Perumpamaannya bukan lagi seperti berubah daripada menggunakan kereta Kancil kepada kereta BMW, tetapi transformasi yang perlu dibuat ialah seperti berubah dari menggunakan kereta kancil kepada kapalterbang.
Dari segi melahirkan pegawai kehakiman dan perundangan syariah yang cekap, juga dicadangkan supaya JSKM menjadi pihak yang bertanggungjawab bagi menyelia kursus-kursus /program yang ditawarkan di institut pengajian.
Turut dicadangkan ialah dengan penubuhan Institut Latihan Kehakiman secara khusus bagi meningkatkan kemahiran dan melahirkan pegawai kehakiman dan perundangan yang cekap.
Turut disentuh ialah pada cadangan bagi mewujudkan Suruhanjaya Kehakiman Dan Perundangan Islam.
Proses transformasi yang dicadangkan ini juga ditetapkan berdasarkan kepada 4 prinsip iaitu :
1. Syariah Asas Keadilan
2. Penyampaian Berteraskan Kreativiti dan Inovasi
3. Penekanan Kepada Kepantasan Membuat Keputusan dan Bertindak
4. Memartabatkan Nilai Integriti Yang Tinggi
Apa yang menarik yang telah dicadangkan ialah perlunya diwujudkan satu bahagian/ unit media korporat di mana antara fungsinya ialah sebagai ‘pasukan pertahanan’ bagi menjawab isu-isu yang melibatkan perundangan syariah dan dalam masa yang sama meningkatkan imej dan kredibiliti perundangan syariah.
Kertas Kerja 2 : Perundangan Kewangan Islam Di Mahkamah Syariah : “Harapan dan Cabaran”
Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Assoc. Prog. Dr. Mohamad Akram Laldin, Pengarah Eksekutif International Shari’ah Research Academy For Islamic Finance (ISRA).
Cadangan supaya kes-kes perbankan Islam dibawa ke Mahkamah Syariah bukanlah sesuatu yang baru. Namun cabaran ke arah pelaksanaannya memerlukan kepada satu usaha yang bersepadu. Berikut adalah cabaran yang dihadapi bagi melaksanakannya.
1. Sistem Perundangan Negara
(a) Cabaran kepada pindaan terhadap Senarai 1 & 2 Perlembagaan Persekutuan.
Isunya di sini ialah kuasa membicarakan pertikaian kewangan Islam di Mahkamah Syariah dan juga kuasa kepada Mahkamah Syariah yang melibatkan orang bukan Islam dan badan korporat.
(b)Pindaan terhadap Seksyen 5 AKta Undang-undang Sivil
- Bagi Mengecualikan konflik kewangan Islam daripada perlu merujuk kepada Undang-undang Common Law.
(c) Undang-undang persekutuan sedia ada serta undang-undang negeri.
Perkara ini ialah apabila melibatkan kepada risiko ketidakseragaman undang-undang kerana setiap negeri mempunyai perundangan syariah yang berbeza.
Begitu juga cabaran kepada Mahkamah Syariah dari segi bagaimana untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.
2. Pentadbiran Mahkamah Syariah
Cabaran bagi pentadbiran Mahkamah Syariah pula dilihat dari segi enakmen-enakmen bekaitan kewangan Islam perlu digubal. Begitu juga dari segi kecekapan pentadbiran yang perlu ditingkatkan. Ini adalah berdasarkan kepada keperluan kepada latihan, dan dalam masa yang sama menangani lambakan kes-kes mal dan jenayah yang sedia ada.
Sistem sokongan juga perlu dipertingkatkan dan dipermudahkan di mana perlunya kepada infrastruktur dan bilangan tenaga kerja yang bersesuaian. Dalam masa yang sama kemudahan untuk para hakim Syarie merujuk pakar kewangan Islam dan pakar kewangan moden perlu disediakan.
3. Para Hakim Syarie
Ini adalah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh para hakim syarie di mana perlunya kepada pengetahuan yang setaraf dengan penasihat institusi kewangan Islam. Pengetahuan berkenaan aspek syariah yang mantap juga mempunyai kefahaman berkaitan kontrak-kontrak muamalah moden yang diamalkan.
4. Peguam Syarie
Para peguam syarie yang beramal di Mahkamah Syariah perlu menguasai aspek kewangan Islam. Kemampuan dalam membuat draf kontrak transaksi syariah adalah amat perlu dan ini adalah antara lainnya supaya dapat membantu pihak-pihak kontrak dan mahkamah memahami kandungan kontrak yang telah dibuat. Selain itu, para peguam syaire juga perlu membuat kajian dan mengikuti perkembangan semasa undang-undang muamalah dalam membantu mahkamah di dalam kes-kes yang didengar. Ini adalah termasuk dari segi hujahan yang mengikuti keperluan semasa.
Kemampuan peguam syarie memastikan setiap kontrak yang dibuat turut dimasukkan klausa penyelesaian melalui kaedah alternative juga diperlukan supaya pihak-pihak diberi peluang memilih jalan damai dalam penyelesaian konflik dan dalam masa yang sama mengelakkan kos guaman yang tinggi dan masa yang panjang dalam proses perbicaraan.
5. Pemantapan Sistem Sulh
Sistem Sulh yang digunapakai di Mahkamah Syariah kini perlu dimantapkan. Para pegawai sulh perlu membiasakan dengan kes kewangan Islam yang kompleks dan untuk itu, latihan, pengetahuan berkaitan kewangan Islam amat diperlukan.
Dicadangkan juga dalam menangani kes-kes ini beberapa kaedah digunakan iaitu kaedah perdamaian (conciliation), pakar bebas (expert opinion), bicara mini (adjudication), perantara (mediation) dan timbang tara (arbitration).
Selain daripada cabaran-cabaran yang dinyatakan, beberapa alternatif boleh diambil sekiranya kes-kes kewangan islam tidak dapat di bawa ke Mahkamah Syariah sepenuhnya. Alternatif yang dicadangkan ialah:
1. Mahkamah Syariah Dengan Panel Hakim Khas
Kes-kes didengar oleh 3 hakim iaitu, Hakim Syarie, Pakar Kewangan Islam dan Pakar Kewangan Moden
2. Mahkamah atau Tribunal Khusus
3. Mahkamah Tinggi dengan Panel Hakim Khas
Meliputi 3 hakim, Hakim Sivil, Hakim Syarie dan Pakar Kewangan Islam atau Hakim Sivil yang arif Syariah
4. Kaedah Penyelesaian Alternatif
Sebagai kesimpulan daripada kertas kerja ini dirumuskan bahawa system perundangan Negara berkaitan kewangan Islam serta kaedah penyelesaian pertikaian berkaitan dengannya perlu disemak semula. Sekiranya Mahkamah Syariah ingin membicarakan konflik kewangan Islam, pelbagai persiapan perlu dilakukan.
Kertas Kerja 3 : “Natrah” : Menyingkap Sejarah & Perundangan
Kertas kerja ini dibentangkan oleh Datin Seri Hajah Fatini Yaacob, Karyawan Tamu, UTM.
Kisah Natrah bukan kisah biasa. Ia bukan sekadar kisah cinta antara Natrah dan Mansor Adabi, tetapi juga kisah cinta sebuah bangsa terhadap agama Islam yang dihina oleh penjajah dan kisah cinta sebuah bangsa untuk membebaskan Negara dari penjajahan.
Kertas kerja ini selain daripada berlatarkan buku Natrah (1937-2009) Cinta-Rusuhan –Air Mata, ia turut menyingkap kepada sejarah kebangkitan sebuah bangsa, cadangan tindakan jawatankuasa persidangan, konflik undang-undang kes perbicaraan Natrah dan juga perjuangan memartabatkan undang-undang Islam.
Dalam aspek kebangkitan sebuah bangsa, pembentang telah membahagikan kepada enam tahap.
Tahap Satu (1211-1511) –Kemasukan Islam dan kegemilangan orang Melayu.
Tahap Dua (1511-1940) – Kemasukan penjajah – Portugis – Belanda-Inggeris
Tahap Tiga (1940-1950)- Orang Islam mula sedar akan tekanan penjajah dan erti perjuangan kemerdekaan.
Tahap Empat(1950-1957) –Merdeka tanah air dan memerintah sendiri
Tahap Lima (1957-2010) – Pengisian Kemerdekaan
Tahap Enam (2010-2070) – Peluang dan Cabaran kepada Memartabatkan Undang-undang Islam
Melihat kepada konflik undang-undang yang berlaku dalam kes Natrah ini, kita dapat menyaksikan bagaimana perjuangan memartabatkan Undang-undang Islam yang dilakukan oleh Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim (juga merupakan peguam dalam kes tersebut).
Telah banyak kerja yang diselesaikan oleh beliau, tetapi dalam masa yang sama masih banyak juga yang perlu dilakukan. Para perwakilan persidangan perlu menghayati kata-kata beliau dan semoga ia menjadi semangat untuk terus berjuang memartabatkan perundangan Islam.
“We should be confident of the superiority of Islamic Law because its basis comes from revelation from Allah Who is Wise and All Embracing in His Knowledge. As student and practicioners in the law we have seen how many principles of English Law, especially in the family law, have been amended so that they have nearer to those of Islamic Law”*
*[1994] 4 IIU Law Journal 1


salam tuan, tak dapat jumpa dalam FB, jumpa kat sini pun dah okay..lama tak jumpa tuan yer..audit nanti pun dah tak boleh gi..saya kena gi induksi umum 18-29 julai..opsss, sory tak bagi tahu dulu2 kat ketua kumpulan 1. kat ketau audit tn. m. khair saya dah maklumkan.
saya tertarik dgn buku natrah (1937-2009)..kat mana saya boleh dapat?
ok tuan, jumpa lagi..family day saya tak joint..
Salam Ust Jak. :D.. Memang tak dapat jumpa di FB dah… Tapi saya ada di blog ni, YM dan juga twitter.
Pasal audit tu saya dah dapat makluman..mungkin Ramadhan nanti baru boleh buat. Kena tunggu jadual baru dari Tn Md Khair.
Buku Natrah tu pun saya tak beli juga. Tak cukup RM waktu tu.. harga RM65. Selain tu, novel Natrah (Maria Hertogh) yang bertajuk Atas Nama Cinta, tulisan Isa Kamari saya dah ada.. Cuma rasanya Natrah (1937-2009) ni lebih bagus kerana ada gambar dan dokumen-dokumen. Saya pun memang berhajat nak beli. Di Kuantan saya tak jumpa lagi buku tu.
salam tuan…
kalau jumpa buku tu (yg ada gambar dan dokumen) tolong belikan saya satu…