
Sukar dipercaya. Berita Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia seakan mimpi buat saya. Apatah lagi saya menerimanya di saat berita ini masih belum tersebar secara meluas di internet.
Di petang ini terdetik untuk saya menulis di blog ini. Ditemani suara dari IKIM.fm. Entah kali ke berapa DJ IKIM mengumumkan berita ini. Malah di ketika ini lagu Pergi Tak Kembali diputarkan.
Mendengar lagu ini, apatah lagi dialunkan insan yang baru sahaja dijemput pulang, menusuk ke tangkai hati.
Umur Kita
Begitulah aliran sungai usia kita. Menuju ke muara pada titik akhir nafas. Alirannya semakin mendekat pada hujungnya. Usia kita semakin dekat pada kematian.
Satu detik berlalu, satu detik kematian semakin dekat bakal menjelma menyapa kita. Satu jam masa di belakang kita, satu jam semakin hampir kita pada titik akhir usia.
Sampaikan ucapan buat diri kita sendiri. Selamat Pendek Umur. Kita selalu terlupa pada apa yang perlu kita isi di usia kita yang semakin singkat. Semoga apa yang kita kerjakan akan ‘memanjangkan umur’ kita tatkala kita tidak lagi di dunia.
Andai ada amal jariah kita di dunia yang bermanfaat buat mereka yang masih hidup, akan ada ganjarannya untuk kita. Pahala yang akan berterusan. Seolah-olah usia yang berterusan dalam beribadat, walau jasad sudah di dalam pusara.
Ucapkanlah Selamat Panjang Umur, supaya kita semakin bersemangat membuat kebaikan untuk tinggalan mereka yang akan kita tinggalkan.
Al-Fatihah buat Almarhum Ustaz Asri Ibrahim. Kenangan membesar bersama nasyid-nasyid Nadamurni dan Rabbani mula menjengah di lubuk ingatan. Moga dikurniakan ganjaran atas segala kebaikannya.
Moga bertemu Syurga Akhirat selepas kau meninggalkan Syurga Dunia.
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…
Hisham Ahmad
Kuantan


Sedih aku pedih, mengenangkan dirimu,
namun apakan daya, terjadi atas kehendak Ilahi. Kau jadi idola ku, menyebarkan alternatif hiburan berlandaskan Islam, penyejuk mata, penenang hati, penenteram jiwa,
alunan suara lunak merdu, menusuk kalbu, lagu puitis dan zikrullah hanya padaMu Allah.
Mudah2an amalan dan sumbangankau dalam industri ini diterima sebagai jariah.
” Setiap insan, pasti merasa saat perpisahan terjadi….(sambung)..sedihla plak.