Apa yang digambarkan di dalam buku ini, meski daripada inspirasi kisah benar, anggaplah ia bayangan daripada kenyataan. Soal alam barzakh, padang mahsyar, syurga , neraka, kita hanya mendengar dan tidak kita ketahui rupa sebenarnya. Banyangan-banyangan yang digambarkan di dalam Al-Quran, Hadith dan daripada novel ini, kita belum melihatnya di depan mata.

Tapi, berdasarkan bayangan-bayangan ini saja hati terasa gerun. Itu baru bayangan.

Membaca buku ini menyingkap rahsia diri kita. Kita akan bertanya sendiri, apakah selama ini lebih banyak dosa atau pahala yang kita ada. Sanggupkah kita mendepani hari penyesalan kelak.

Bagi saya buku ini amat bagus untuk dibaca dan mudah-mudahan kita segera insaf dan mengambil ibrah darinya.

Mungkin sedikit penambahbaikan perlu dibuat. Pembacaan agak terganggu bilamana sering saja bertemu kesilapan penggunaan huruf kecil dan besar. Malahan tanda baca juga banyak kesilapan seperti tiada noktah pada hujung ayat. Permulaan setiap perenggan juga tidak konsisten dengan inden ataupun tidak. Susunan perenggan juga tidak kemas dan saya kena bersabar membaca ayat demi ayat, perenggan demi perenggan.

Terdetik juga tanda tanya, “Manuskrip ini sebelum dicetak, sudah disemak atau belum?”

Peranan editor amat penting bagi memastikan susun atur tulisan dan juga penggunaan tatabahasa yang betul.

Buku ini saya habiskan membacanya dalam masa 2 hari.

Saya berhajat untuk dapatkan novel seterusnya karya Hadi Fayyadh ini iaitu Ketika Azazil Berputus Asa.

Artikel berkaitan:

  1. Karnival Buku Pahang 2012
  2. Buku : Aku Dan Al-Ikhwan Al-Muslimun
  3. Buku : Aku Bercerita
  4. Kawan, Buku dan Kenduri