13 Ramadhan. Hampir separuh Ramadhan dilalui. Barangkali elok kiranya kita ingat kembali pada kata-kata manis kita dahulu.
Tidak sabar bertemu Ramadhan.
Adakah sempat bertemu Ramadhan akan datang.
Akan cuba beribadah sebanyaknya.
Ingin merebut setiap ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan mulia.
Lagi, lagi dan lagi.
Lewat SMS menjelang Syawal, ada kata-kata betapa mengharapkan agar bertemu lagi Ramadhan seterusnya. Menangisi Ramadhan yang telah berlalu dengan hasil yang tidak sampai ke piawaian yang ditetapkan. Lantas, rasa rindu itu kita simpan agar masih ada lagi Ramadhan untuk kita.
Ya, kita kata kita rindu. Tetapi bilamana bertemu Ramadhan rasa rindu seakan terbang dibawa angin lalu. Hanyut dibawa arus waktu. Menjelang Syawwal, sekali lagi kita katakan rasa rindu untuk bertemu lagi.
Masih ada waktu untuk kita melepaskan rasa rindu. Baki belasan hari ini pergunakanlah sebaiknya.
Selamat memburu LAILATUL QADAR.
Hisham Ahmad
Kuantan

Sukar dipercaya. Berita Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia seakan mimpi buat saya. Apatah lagi saya menerimanya di saat berita ini masih belum tersebar secara meluas di internet.
Di petang ini terdetik untuk saya menulis di blog ini. Ditemani suara dari IKIM.fm. Entah kali ke berapa DJ IKIM mengumumkan berita ini. Malah di ketika ini lagu Pergi Tak Kembali diputarkan.
Mendengar lagu ini, apatah lagi dialunkan insan yang baru sahaja dijemput pulang, menusuk ke tangkai hati.
Read more »

Alhamdulillah, tercatat lagi satu kisah di hamparan sejarah insan.
22 Julai 2009 jam 4.05 petang, Nur Aqilah binti Nor Hisham tiba menjengah dunia.
Kelahiran yang dijangka pada 15 Julai 2009, tapi sudah tertulis bahawa bukan detik itu saatnya. Seminggu melebihi jangkaan. Sehari sebelum isteri saya diminta ‘menyerah diri’ untuk melahirkan bayi i dalam kandungannya.
Read more »

Kali terakhir saya menulis di sini adalah hampir sebulan yang lalu. Lama. Walaupun ada juga yang bertanya bila saya hendak kemaskini dengan cerita terbaru; blog ini tetap begitu. Tidak berusik.
Mata hanya memandang. Pandangan kosong bersama seribu makna.
Sebenarnya, selesai kunjungan saya luar dari negeri Pahang, saya demam secara tiba-tiba. Demam yang bersangatan.
Read more »