Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Archive of ‘Buku’ category

Buku : Aku Bercerita

Aku Bercerita merupakan novel ke -25 Ramlee Awang Murshid. ( Sila kira berapa novel RAM yang anda pernah baca ye).

Dah habis baca baru berani nak cerita sedikit tentang novel ni.

Aku bercerita adalah garapan 5 cerita yang dihubungkan oleh watak ‘Aku’.

Aku Bercerita

5 cerita yang dimuatkan dalam novel ini ialah Bunian, Culik, Cinta Matiku, Sang Kancil dan yang terakhir Cut. (more…)

Dilema PBAKL 2012

Dilema PBAKL 2012

Jangan lupa tarikh ini, 27 April 2012 – 6 Mei 2012. Lokasinya ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Acaranya ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Buat pertama kalinya tahun lepas saya tidak dapat menghadirinya. Sebab itu untuk tahun ini saya benar-benar berazam akan menjejakinya seperti tahun-tahun sebelumnya.

(Paling menarik ketika saya bekerja sambilan di salah sebuah booth buku tersebut selama 10 hari ketika cuti semester zaman menjadi mahasiswa di UM dahulu!)

Untuk tahun ini, dilema mula melanda kerana pada tarikh-tarikh tertentu jadual saya dan keluarga sudah penuh.

27 April 2012 : Jumaat, kerja, ada kes.
28 April 2012 : Isteri ada kelas Master di KIPSAS.
29 April 2012 : Mengemas rumah dan laman
30 April 2012 : Kerja
1 Mei 2012 : Cuti Umum!!!
2  – 4 Mei 2012 : Kursus
4 – 7 Mei 2012 : Balik Terengganu.

Waktu yang sesuai sebenarnya ialah 1- 4 Mei. Tetapi telah ada kursus yang wajib dihadiri. Sebolehnya saya ingin mengelak ketika hari minggu dan cuti umum. Walaupun masih dalam minggu cuti persekolahan, kepadatan masih lagi kurang rasanya ketika hari-hari bekerja. (Silap jadual… :p )

Nampaknya waktu yang sesuai berdasarkan jadual saya ialah pada 29, 30 April dan 1 Mei.

30 April saya akan minta cuti. :)

Rasanya itu cara menyelesaikan dilema PBAKL kali ini.

———————-
Hisham Ahmad

Hisham Dan John Grisham

Hisham Dan John Grisham

3 hari mengambil masa untuk diselesaikan pembacaan novel The Litigators.  Sebelumnya novel The Associate selesai dihadam.

Saya memang pembaca setia karya John Grisham walaupun belum kesemuanya dibaca. Ketika di Universiti Malaya, novel-novel ini dapat dipinjam di Perpustakaan Utama UM walaupun kadang-kadang saya terpaksa menunggu giliran untuk meminjam buku berkenaan.  Selainnya saya beli bila kebetulan dijual dengan harga yang murah iaitu 2 buah buku dengan harga 1 buah buku.

Antara yang telah saya baca : A Time To Kill, The Firm, The Pelican Brief, The Client, The Chamber, The Rainmaker, The Runaway Jury, The Partner, The Street Lawyer, The Testament, The Brethren, The Summons, The King Of Torts, Bleachers, The Last Juror, The Broker, The Innocent Man, Playing For Pizza, The Associate dan The Litigators.

A Time To Kill

 

The Firm

The Pelican Brief

The Client

The Chamber

The Rainmaker

The Runaway Jury

The Partner

The Street Lawyer

The Brethren

The Testament

 

The Summons

The Last Juror

The King Of Torts

Bleachers

The Broker

The Innocent Man

Playing For Pizza

The Associate

The Litigators

Manakala yang belum dibaca ialah : A Painted House, Skipping Christmas, The Appeal, Ford County, The Confession, Theodore Boone: Kid Lawyer, Theodore Boone : The Abduction, Calico Joe (Baru terbit pada April 2012).

Novel-novel yang dijangka akan terbit : Theodore Boone : The Accused (Dijangka 24 Mei 2012 ), The Racketeer ( 11 Oktober 2012 ) dan The Jailhouse Lawyer ( 24 Oktober 2012 ).

Antara faktor kenapa saya meminati karya John Grisham ialah kerana ia banyak berkisar tentang undang-undang. Kembali kepada 2 novel terakhir yang saya baca baru-baru ini, The Associate agak mengecewakan. Bagi The Litigators, saya beri 9/10. Di awal cerita lagi saya sudah tertarik dengan penerangan berkaitan  Finley & Figg sebelum munculnya watak baru iaitu David Zinc.

Di akhir Chapter 1 John Grisham menulis :

There were times at Finley & Figg when all three were snarling or sulking, and money was usually the cause. The market was simply overcrowded; there were too many lawyers loose on the street.
The last thing the firm needed was another one.

Saya jadi tidak sabar untuk meneruskan pembacaan ketika itu!

*Sekarang saya menjadi peminat setia Siri The Firm [ Sekuel kepada novel John Grisham ] (Saluran 701) dan The Suits (Saluran 702)

———————————–
Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang