Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Archive of ‘Jurnal’ category

Cerita kami minggu lepas

7 hari Afiqah masuk wad. Sepenuh masa ditemani oleh isteri. 14 Sept ini rawatan susulan dan dijangka 2 minggu lagi akan dapat keputusan penuh hasil ujian darah.

4 Sept iaitu pada hari kejadian, bersamaan 17 Syawwal merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4. Afiqah disarankan masuk wad dan kemudiannya isteri kemalangan kerana terbabas ketika memandu kereta. Alhamdulillah isteri dan Afiqah tidak ada apa-apa kecederaan. Aqilah pula ketika itu bersama saya di pejabat. Dari rumah lagi dah kata nak duduk pejabat ayah. (more…)

Mengeratkan Lagi Ukhwah – Di Aidilfitri

Eid Mubarak buat semua

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Bagaimana dengan aidilfitri yang dilalui baru-baru ini? Catatan kali ini hanya berkisar tentang aktiviti ziarah ketika berhari raya baru-baru ini. (more…)

Ramadhan Yang Masih Berbaki

Maafkan saya kerana tewas juga dengan janji ingin mengisi tulisan-tulisan di blog ini. Saya terpaksa akui bahawa saya masih tidak berjaya mengurus masa dengan baik. Amanah kerja pejabat yang semakin meningkat. Waktu malam juga amat jarang saya menghadap laptop. Balik daripada masjid selalunya akan berehat dengan isteri dan anak-anak.  Hari ini saya usahakan juga agar janji yang saya katakan itu adalah janji yang ditepati. Kali ini sedikit tulisan untuk bacaan semua. Ramadhan Yang Masih Berbaki. (more…)

Info Khidmat Masyarakat- Zakat Fitrah

Selain ibadah berpuasa yang diwajibkan kepada mereka yang cukup syaratnya, di bulan Ramadhan ini juga diwajibkan kepada seluruh umat Islam untuk mengeluarkan zakat yang dinamakan zakat fitrah. (more…)

Yang Datang Dan Yang Pergi

“Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan”

Yang Datang

Tibanya waktu maghrib malam ini, maka kita akan menjejak ke tarikh baru; bulan baru, 1 Ramadhan 1433.

Dalam sedikit masa yang masih ada itu, jangan lupa berdoa, ” Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan”. (more…)