
Saya ada terbaca satu blog yang memperlekehkan blog yang menggunakan cara ‘keji’ untuk menambahkan jumlah entri. Apa cara keji tersebut? Memang taktik ini boleh menambahkan jumlah entri. Caranya mudah sahaja. TULIS LIRIK LAGU!!
Memang taktik yang menyakitkan hati. Sebabnya, kita buka blog untuk baca sesuatu. Tapi; kadang-kadang berguna juga bagi orang yang hendak mencari lirik.
Kali ini saya hampir-hampir terjerumus ke dalam kategori Blogger yang guna taktik keji. Bagi mengelakkan terjerumus terus, saya ubah sedikit cara. Entri lirik lagu bercerita. Kenapa saya begitu tergamak untuk menulis lirik lagu dan disertakan dengan cerita?
Sebenarnya, jalan ceritanya adalah apa yang benar-benar saya lalui.
Baca sepenuhnya.. »


Sudah hari kelima saya demam. Ada masanya menggigil gigil. Ada masanya mampu ke sana sini. Pening kepala masih tidak berhenti. Hari pertama demam, saya terbaring lesu di bilik pejabat.
Ada masanya juga terasa panas yang teramat sangat. Bila tidak ada upaya, hendak bangun dari katil pun saya tidak mampu. Muntah sehingga terasa susah untuk bernafas. Tidur diganggu mimpi yang menambahkan rasa pening.
Saya masih belum dapat merehatkan diri sebagaimana yang disarankan oleh doktor. Menaip inipun terasa jari sedikit menggigil.
Selamat malam semua.


Minggu lepas saya berjaya membantu seseorang untuk melakukan perubahan pada blog yang baru dibina.
Dia ialah kawan kepada kawan saya yang mengajar di Pulau Tioman. Dua hari lepas saya diberikan sedikit ganjaran atas pertolongan yang tidak seberapa.
Apakah itu?
Baca sepenuhnya.. »


Berkerut dahi juga saya. Mana tidaknya tatkala melihat juadah untuk berbuka. Bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah tetapi kadarnya melebihi apa yang tubuh saya perlukan.
Sebenarnya saya sudah siap menyediakan makanan untuk berbuka. Sepinggan nasi, seekor ikan bakar, kobis dan tomato ( Cherry Honey ) yang dibuat ulam serta dua biji tamar dan segelas air kopi sawda.
( Saya tidak pandai memasak sayur, dan lebih gemar makan ala-ala salad atau bahasa melayunya dibuat ulam sahaja. Budu sudah kehabisan stok).
Baca sepenuhnya.. »
