Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Archive of ‘Jurnal’ category

Karnival Buku Pahang 2012

Karnival Buku Pahang 2012

Semalam dah pergi. Lepas zohor nanti akan pergi lagi sekali untuk sesi hari ini. Saya akan pergi bersama dengan Aqilah. isteri tidak dapat turut serta kerana bertugas di Kolej Universiti Shahputra sempena majlis konvokesyen. Afiqah akan dihantar ke taska.

Cabaran yang akan dihadapi ketika di Karnival Buku Pahang ini nanti ialah:

1. Terjahan daripada penjual Grolier (apatah lagi hari ini akan bawa Aqilah). Kemungkinan akan selamat jika Aqilah menangis tidak mahu orang asing mendekatinya (seperti kebiasaan).

2. Godaan buku-buku yang menarik minat untuk memilikinya. (Semalam dah beli sebuah, dah dalam senarai yang ingin beli berdasarkan tinjauan semalam ialah 3 buah buku lagi…. Sedangkan belum ada peruntukan kewangan untuk buku-buku tersebut dan menunggu tuntutan elaun yang masih belum masuk)

3. Takut tak sedar masa kerana ralit yang bersangatan.

Akhir sekali, saya sangat berharap agar MPH ataupun Kinokuniya akan ada di Kuantan satu hari nanti….

Hisham Ahmad
Kuantan

Tak cukup….

Tak cukup….

Tadi pergi ke kedai sebab nak beli gam UHU. Nak gam handphone yang tercabut.

(more…)

Lepaskanlah

Lepaskanlah

Melepaskan apa yang sudah ada di tangan.

Melepaskan apa yang belum ada di genggaman.

Kedua-duanya adakalanya sama saja sukarnya. Saya kini dalam situasi kedua. Azab sungguh rasanya menyimpan angan-angan dan harapan. Bahkan untuk melepaskannya lebih terasa pedihnya. Seksanya meyakinkan hati. Namun bilamana ia dilepaskan, hati kembali tenang.

“Lepaskanlah.. Usah digenggam tali pengharapan yang mengikatnya”
“Lepaskanlah..  Mungkin ia terbaik buatmu”
“Lepaskanlah.. Agar hilang bebanmu”
“Lepaskanlah….. ”
__________________

Hisham Ahmad

Bento 18 Januari 2012

Balik kampung baru ni jumpa bekas yang tidak digunakan. Saya bawa pulang ke Damansara Kuantan dan hari ini saya gunakan untuk bento kali ini. Warnanya merah jambu kerana ia  sebenarnya milik adik perempuan saya. :p

Ada 3 tingkat.

Tingkat paling atas, 3 peket biskut sayur untuk dimakan waktu 10.30 pagi dan 4.30 petang.

Nasi berserta salad dan tomato.

Lauk kali ini ialah ayam masak stim resipi campak-campak.

Gandingan ketiga-tiga bekas.

Hisham Ahmad
Kuantan.

Bento 12 Januari 2012

Bento hari ini mudah dan ringkas.

Nasi putih, telur goreng, kepingan daging ayam, salad dan tomato. :)

Untuk lebih menampakkan suasana Jepun, bento dibalut dengan Furoshiki. Jenis balutan yang saya gunakan ialah ialah Otsukai Tsutsumi.

Digandingkan dengan bento ialah botol minuman. Setiap hari saya akan membawa 1 botol air putih yang berkapasiti 1600 ml.

Die or Green??? Mari bersama menjaga alam sekitar. Go Green!!

Kelihatan Hiroshi sedang cuba mengambil makanan tanpa kebenaran saya. Hahahaha.. Kantoi!

 

Hiroshi dalam kekecewaan.

 

Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang.