
Usia memasuki 30 tahun. Saya merenung kembali perjalanan usia di setiap lima tahun juga perancangan andai sempat saat itu bertamu.
20 tahun – 25 tahun : Tamat Ijazah dan bekerja. ( Selesai)
26 tahun – 30 tahun : Berkahwin. (Selesai)
Bergelar ayah ( Sekarang sudah ada 2 orang anak)
Beli rumah ( Sudah beli dan lambat lagi habis bayar…. )
Berniaga. ( Pengedar buku dari Stormreaders, Menerima tempahan coklat dan kini meluaskan empayar kepada kek dan cupcakes)
31 tahun – 35 tahun : Buka kedai.
??
36 tahun – 40 tahun : ??
41 tahun – 45 tahun : ??
Dalam tempoh masa yang bertanda ???? antara perancangannya ialah menunaikan haji bersama isteri dan mak. Selain itu ingin pergi ke Jepun.
Mungkinkah ada perancangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master? Akan berhenti kerjakah? Akan berpindah ke luar negara? Menerbitkan buku? Buat filem? Bertukar menjadi petani moden? Jeng je jeng!!!!!
Hisham Ahmad
Kuantan
Cuti sekolah bermula. Sebelum ni memang dah merancang mak nak datang rumah. Jumaat baru ni Ani telefon dan bagitau nak datang hari Sabtu, awal cuti sekolah. Perasaan saya sungguh gembira dan seronok.
Pagi Sabtu ada gotong royong di perumahan Pasdec Damansara serta majlis pecah tanah untuk tapak surau yang dinamakan Surau Muamalat As-Sharif. Sempat la juga tolong apa yang patut. (more…)

Hampir 2 bulan tempoh yang dilalui, alhamdulillah kesannya sudah boleh dilihat. Jika sebelum ini saya dalam kategori ‘ overweight’ dan pernah terbabas hampir kepada ‘Obes’, kini saya sudah berada dalam kategori ‘normal’.
(more…)
Pada 4 Syawal, bertolak pulang ke Terengganu bagi giliran di rumah mertua. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami terpaksa bertolak lewat kerana bateri kereta pula sudah tamat khidmatnya. Raya kali ini tidak banyak rumah yang sempat diziarahi. (more…)
Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya, lain tempat lain caranya.
Mungkin di tempat lain namanya juga lain.
Di sini, kami memanggilnya baraan. Uniknya di sini ia dijalankan mengikut blok-blok tertentu. (more…)