Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Archive of ‘Relung Masa’ category

Relung Masa : Yuran Sekolah

Relung Masa : Yuran Sekolah

1989/1990 – 1994

Masuk darjah baru antara perkara wajib yang dibayar ialah yuran sekolah. Kalau tidak salah ingatan saya, kadarnya dalam puluh-puluh ringgit juga.

Saya masuk darjah 1, adik-beradik yang sama-sama di Sekolah Rendah ialah Kakti dan Bangman. Kakti darjah 6. Bangman darjah 5. Jumlahnya 3 orang.

Saya naik darjah 2, Kakti sudah selesai sekolah rendah. Bangman darjah 5. Ani pulak masuk darjah 1. Jumlahnya 3 orang di Sekolah Rendah.

Naik darjah 4, Bangman pun sudah habis sekolah rendah. Ani darjah 3. Adik bongsu saya, Hadi masuk darjah 1. Semuanya 3 orang di sekolah rendah. (more…)

Relung Masa : Sindrom Yang Melanda Murid-Murid SK LKTP JXI

Relung Masa : Sindrom Yang Melanda Murid-Murid SK LKTP JXI

Sebagaimana adanya musim-musim permainan seperti musim gasing, musim layang-layang, musim konda-kondi (blok B kawasan rumah saya panggil Koti), musim terup, musim getah dan lain-lain, ada juga musim ‘bahasa’.

Kalau kau tak turut terlibat dalam setiap peralihan musim yang berlaku, kau memang tak layak memegang status kanak-kanak Felda Jengka Sebelas!

(more…)

Relung Masa : Keputusan UPSR Dan Hujung Darjah Enam

Relung Masa : Keputusan UPSR Dan Hujung Darjah Enam

1994

Musim periksa akhir tahun dah lama habis. Keputusan periksa pun dah tahu. Aktiviti sukan untuk mengisi masa lapang murid-murid darjah 6 pun dah lama berlalu. Tak lupa juga pertandingan menyanyi yang menyaksikan kawan-kawan sedarjah punya gaya dan persembahan. Lepas je UPSR, semua dah tak semangat nak belajar. Periksa akhir tahun pun macam main-main.

(more…)

Relung Masa : Persembahan Dan Penyampaian Hadiah

Ketika di sekolah rendah, antara yang dinanti ialah hujung musim persekolahan (kecuali hari-hari terakhir darjah 6 – Akan diceritakan dalam entri akan datang).

Hujung musim sekolah amat seronok kerana saya (baca kita) akan bercuti selama sebulan. Sebelumnya pula ada majlis persembahan dan penyampaian hadiah. Untuk persembahan seronok untuk melihat persembahan yang jarang-jarang dapat dilihat. Upacara penyampaian hadiah pula seronok kerana akan dapat banyak hadiah. (more…)

Relung Masa : Ingin Jadi Ustaz?

Relung Masa : Ingin Jadi Ustaz?

Jengka…. Tahun 90-an.

Apalah yang kanak-kanak kecil itu tahu tentang kepelbagaian cita-cita. Yang sering terungkap di kalangan mereka hanyalah ingin menjadi Polis, Askar, Cikgu, Posmen, Doktor, Kerani, Peguam…. Hanya berlegar di sekitar nama-nama itu. Bila ada seorang guru menceritakan tentang sains dan angkasa lepas, juga adanya pekerjaan yang dipanggil ASTRONOMI, barulah ada yang berani menjaja cita-cita ingin menjadi Astronomi atau ada yang lebih umum menyatakan ingin menjadi Saintis.

Saya? (more…)