Hisham Ahmad » Relung Masa

Relung Masa : Yuran Sekolah
1989/1990 – 1994

Masuk darjah baru antara perkara wajib yang dibayar ialah yuran sekolah. Kalau tidak salah ingatan saya, kadarnya dalam puluh-puluh ringgit juga.

Saya masuk darjah 1, adik-beradik yang sama-sama di Sekolah Rendah ialah Kakti dan Bangman. Kakti darjah 6. Bangman darjah 5. Jumlahnya 3 orang.

Saya naik darjah 2, Kakti sudah selesai sekolah rendah. Bangman darjah 5. Ani pulak masuk darjah 1. Jumlahnya 3 orang di Sekolah Rendah.

Naik darjah 4, Bangman pun sudah habis sekolah rendah. Ani darjah 3. Adik bongsu saya, Hadi masuk darjah 1. Semuanya 3 orang di sekolah rendah.

Berbalik kepada tajuk yuran sekolah. 6 tahun yang bermakna 6 kali yuran sekolah perlu dibayar, hanya sekali rasanya saya bayar pada awal persekolahan. Waktu darjah 6.

Darjah 1 hingga darjah 5, setiap hari akan ditanya oleh guru kelas bila hendak bayar yuran.

Mula-mula soalan yang akan ditanya ialah :

“Siapa nak bayar yuran?”

Kawan-kawan yang bawa duit untuk bayar yuran akan angkat tangan. Cikgu akan panggil siapa yang nak bayar pergi ke depan.

Saya hanya memandang.

Begitulah hari-hari berikutnya.

Bila bilangan murid yang belum bayar yuran berkurangan, cikgu akan tanya bila hendak bayar yuran. Nama-nama akan disebut.

Saya akan jawab : ” Tunggu gaji nanti, Cikgu”

Hakikatnya, gaji mak hasil ladang kelapa sawit dan bekerja menyiang ikan di kilang keropok belum tentu akan dapat membayar yuran pada bulan tersebut.

Kadang-kadang saya jawab : “Tunggu gaji bulan depan Cikgu”.

Bulan depan yang tempohnya masih panjang. Walau dijawab sedemikian, setiap hari juga akan ditanya.

Pernah sekali yang masih tidak bayar hanya 2 orang sahaja. Saya dan seorang murid perempuan.

Saat berjaya membayar yuran, terasa hilang beban di dada.

Begitulah kisah saya dan yuran sekolah.

Relung Masa : Sindrom Yang Melanda Murid-Murid SK LKTP JXI
Sebagaimana adanya musim-musim permainan seperti musim gasing, musim layang-layang, musim konda-kondi (blok B kawasan rumah saya panggil Koti), musim terup, musim getah dan lain-lain, ada juga musim ‘bahasa’.

Kalau kau tak turut terlibat dalam setiap peralihan musim yang berlaku, kau memang tak layak memegang status kanak-kanak Felda Jengka Sebelas!

Pernah menjadi satu musim bahasa yang penggunaannya amat menjengkelkan di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka Sebelas. Sesiapa yang menggunakannya sudah pasti berasa bangga dan lebih bangga lagi bila dapat mengenakan kawan-kawan yang lain.

Bahasanya begini; ia sebenarnya adalah jawapan kepada pertanyaan.

Kalau ada yang tanya, ‘Lepas ni nak pergi mana?’

Akan dijawab dengan ritma dan melodi yang khusus : ‘Mana-maaaanaa je laaaaaaaaaaaah’

‘Pukul berapa nak berkumpul petang ni? ‘ Jawabnya, ‘Berapa-beraaaapaa je laaaaaaaaaah’

Begitulah jawapannya…

Merangkumi semua jawapan, “siapa-siaaaaaapaaa je laaaaaah, bila- biiiiilaa je laaaaaaaaah, apa-aaaaaapaa je laaaaaaah’.

Menjengkelkan bukan?

Lebih menjengkelkan kalau jawapan itu dijawab secara beramai-ramai.

Percayalah, musim bahasa ini pernah melanda!

Kanak-kanak memang suka menang. Sebagaimana iklan MILO, membesar bagai JUARA! Ada satu musim juga kemenangan diukur berdasarkan kepada berjayanya mengenakan (baca menipu) kawan-kawan yang lain. Sebaik saja berjaya mengenakan kawan, sepantas kilat kita akan mengisytiharkan kemenangan kita dengan menyebut ‘ SAATU KOSOOOONG!!!!’  Kita satu, kawan kita yang terkena dapat kosong. (Siapa la yang memperkenalkan kaedah ni pun tak tau. Tiba-tiba saja sindrom ni merebak)

Katakanlah kau berjalan dengan kawan kau ketika waktu rehat menuju ke kantin sekolah untuk membeli nasi lemak dalam pinggan warna oren berharga 20 sen, tiba-tiba kau berkata,

“Eh, Sir Mat la kat tepi tangga tu”

Kawan kau pun segera menoleh ke arah yang ditunjukkan dan didapati di tangga itu tidak ada Sir Mat yang dikatakan.

Lalu dengan kadar yang segera kau akan berkata , ‘SAATU KOSOOOOONGG!’

Kemudian terus berlari sambil dikejar kawan yang telah dikenakan itu. Pastinya kawan kau itu berazam akan mengenakan kau balik supaya dia pun akan dapat menyebut SAATU KOSOOOOOONGG dengan bangganya.

Pernah satu ketika, ketika darjah 2. Di kelas bangunan blok C warna oren terjadi satu peristiwa.

Khabarnya cikgu-cikgu SK LKTP J 11 ada mesyuarat. Berita yang paling digemari budak-budak sekolah. Kelas 2B amat riuh rendah. Ada yang menconteng papan hitam. Ada yang duduk atas lantai belakang kelas yang selalunya dilakukan oleh budak-budak perempuan.  Ada main conteng-conteng buku yang sudah dikhaskan dengan nama ‘Buku Conteng’ ataupun ‘Buku Rojak’.

Sulaiman selaku ketua darjah sudah pasti dipercayai oleh kawan-kawan yang lain dalam hal ehwal perkembangan apa yang berlaku di sekolah.

Dalam riuh rendah kawan-kawan sekelas dengan aktiviti masing-masing, mungkin Sulaiman merasakan inilah masa yang sesuai untuk dia dapat melafazkan kalimah paling dihajati seantero sekolah iaitu SAATU KOSOOOOONGGG.

Sambil berdiri di tepi pintu kelas, Sulaiman menunggu detik yang sesuai. Diperhatikan gelagat kawan-kawan sekelasnya yang lain.

Bila merasakan masanya amat sesuai  Sulaiman menjerit.

“Cikgu Datang!!!!!!” Sambil mengangkat tangan kanannya  dan ditunjukkan ke muka pintu.

Murid-murid 2B yang leka dengan aktiviti masing-masing tadi terkejut dan menggelabah. Bertempiaran lari ke tempat masing-masing.

Bangga! Pasti itu perasaan Sulaiman.

Bersama dengan tangan yang masih diangkat menunjukkan ke muka pintu, Sulaiman mengisytiharkan kemenangannya; SAATU KOSOOONG!.

“Hah! Apa satu kosong satu kosong ni?” Jerkah Cikgu Maisarah yang kebetulan sampai di muka pintu dan jari telunjuk Sulaiman tepat-tepat menunjukkan ke arah muka Cikgu Maisarah.

Ambil kau! Nak sangat main satu kosong satu kosong! Hahahahaha….

Relung Masa : Keputusan UPSR Dan Hujung Darjah Enam
1994

Musim periksa akhir tahun dah lama habis. Keputusan periksa pun dah tahu. Aktiviti sukan untuk mengisi masa lapang murid-murid darjah 6 pun dah lama berlalu. Tak lupa juga pertandingan menyanyi yang menyaksikan kawan-kawan sedarjah punya gaya dan persembahan. Lepas je UPSR, semua dah tak semangat nak belajar. Periksa akhir tahun pun macam main-main.

Majlis persembahan dan penyampaian hadiah satu-satunya aktiviti sekolah terakhir untuk tahun tersebut. Yang terlibat dengan persembahan tiap-tiap hari berlatih. Tahun ini saya tiada apa-apa komitmen. Keputusan periksa akhir tahun pun merudum. Pertama kali dapat nombor 4. Itu lah, main-main sangat sebab dah habis UPSR. Jawab periksa akhir tahun pun tak bersungguh hati. Padan muka tak dapat naik pentas ambil hadiah untuk nombor 1 , 2 dan 3.

Petang tu katanya ada rehearsal kat dewan yang berasal daripada kelas yang dibuka penghadangnya. Salah satu perangai saya ialah suka buat aktiviti sorang-sorang, jadi dengan basikal biru bernombor rahsia LG 884 saya menuju ke sekolah. Saja nak menyelit di celah-celah kawan-kawan yang berlatih sambil tengok dewan yang dah berubah rupa.

Sampai di sekolah, dengan bersahaja menuju ke dewan. Nampak ramai sungguh budak-budak. Mereka ni semua yang buat persembahan ke? Atau saja datang menyibuk macam saya?

Dekat dengan dewan nampak budak-budak darjah 5 berkumpul. Terdengar mereka kata keputusan UPSR budak darjah 6 dah keluar.

Ish? betul ke? Tak tau apa-apa pun. ( Saya memang jenis terlambat keretapi kot). Dari jauh nampak kawan-kawan darjah 6 ada yang duduk ramai-ramai. Pelik.

Tak boleh jadi, nak kena tau jugak kenapa mereka berkumpul.  Lalu tepi kelas 6 Tekad yang dah bertukar jadi dewan bahagian depan yang ada pentas, bertembung dengan Cikgu Maisarah.

“Hisham tak payah pergi tengok lah keputusan. Tahniah dapat 4A”, kata Cikgu Maisarah sambil senyum.

Saya kerut dahi tak faham. Memang dah keluar betul ke keputusan?

Nampak ada budak-budak perempuan berpeluk sambil menangis. (Taknak sebut nama kat sini)

Tiba-tiba saya rasa macam suasana berubah. Ada cakap-cakap kata ada budak darjah 6 menangis kat pokok besar tepi pagar. Saya pelik kenapa mereka tahu dulu keputusan?

Tiba-tiba dengar berita yang Cikgu suruh budak darjah 6 berkumpul kat kantin. Lagi lah saya tak faham. Sekarang bukan waktu sekolah.  ( Atau saya dah lupa cerita ni.. :p )

Di kantin Cikgu umumkan keputusan UPSR dah keluar. Ada 6 orang dapat 4A. Saya, Shamsul, Zahrizan, Mustaza, Ridzam dan Salwani.

Ramai yang terkejut dengan keputusan tu. Dijangka lebih ramai yang akan dapat 4A tetapi berkesudahan dengan 6 orang sahaja. Sesi latihan petang itu pun hambar.

Saya pulang ke rumah.

Sendirian.

Nampak mak tengah uli tepung di pintu dapur. Waktu tu memang dah petang. Ada dengan mak masa tu kakak rasanya (Al-Fatihah buat kakak yang telah pergi selamanya pada 1 Sept 2011 – 3 Syawwal ). Sampai di tepi rumah, saya sandarkan basikal. Nak cepat-cepat bagitau keputusan kat mak.

Tiba-tiba teringat kata-kata Cikgu Abu Bakar yang dah berbulan lamanya.

“Cikgu dulu bila dapat keputusan periksa, cikgu senyap-senyap je”

Oh… Rasanya taknak lah bagitau Mak lagi keputusan tu.  Bisik saya sendirian.

Menghampiri emak sambil tangan menyibuk tolong main tepung.

“Mak, kalau Icam dapat 4A, mak nak bagi apa?” Tanya saya.

“Tengoklah nanti. Kalau ada duit, mak bagi duit”, jawab Mak.

“Ok”, jawab saya. Sebenarnya bukan hadiah yang saya nak kerana setiap tahun keputusan periksa saya boleh dikatakan cemerlang. Cuma disebabkan membuak-buak nak bagi klu yang keputusan UPSR dah keluar tapi taknak bagitau lagi, itu yang tiba-tiba tanya Mak tanpa ada hujung pangkal.

Turun semula ke tanah. Main basikal keliling laman rumah. Kadang-kadang buat bentuk huruf O, kadang-kadang buat pusingan membentuk angka 8. Sambil hati berlagu riang kerana dapat 4A. Kesian Mak sebab tak diberitahu.

Tak lama, Ani balik. Saya darjah 6. Ani darjah 5. Masa di sekolah tadi mesti dia ada dengan group budak-budak darjah 5 yang kecoh pasal keputusan UPSR. Macam mereka pulak yang ambil periksa tu. Biar je lah kami murid-murid darjah 6 Tekad, 6 Tekun dan 6 Takzim yang melakukan kekecohan tersebut. Memang tak patut. Giliran korang tahun depan!

Ani sampai di laman rumah dengan tersengeh-sengeh. Konfem dia tau keputusan saya!

“Mak, Abg Icam dapat 4A!”. Macam tu lah kot laporan yang diberikan. Saya masih sibuk bermain basikal. Buat huruf  O dan nombor 8. Sekejap-kejap naik atas ke jalan dan turun ke bawah sambil membrek laju untuk meninggalkan bekas di atas tanah.

“Isaaaam!” Terdengar suara Mak memanggil.

Sebagai anak yang soleh dan kasihkan ibunya, aktiviti berbasikal saya tinggalkan.

“Isam dapat 4A ke?” Tanya mak. Nampak air mata bergenang di mata mak.

“Ha ah”, jawab saya.

Pantas tubuh saya dirangkul dan dicium . Mak menangis. Saya tak menangis. Saya gembira kerana mak bahagia.

Esoknya di sekolah.

Keputusan UPSR ditampal di lorong antara kelas 6 Takzim dan Koperasi. Susunan nama mengikut abjad. Nor Hisham Bin Ahmad = 4A, kembar nama saya , Nor Hisham Bin Mustafa , 4B ke 4C (tak ingat).

Kekecohan semalam masih belum hilang. Kali ini di kalangan murid-murid darjah 6. (Terima kasih budak-budak darjah 5 kerana tidak terlibat sama). Khabarnya ada yang taknak buat persembahan untuk majlis penyampaian hadiah nanti kerana sedih tidak dapat 4A. Apa yang boleh saya buat selain menjadi pemerhati.

Mengisi kekosongan waktu, antara aktiviti yang boleh dibuat ialah melilau sekitar sekolah. Lagipun tahun itu tahun terakhir bergelar murid sekolah rendah. Sampai di Blok A, susur gajah nak ke kantin nampak Cikgu Abu Bakar dan Teacher Rosnizam berbual. Nampak macam hangat.

Cuba mendekati dan berdiri di balik dinding kelas.

“Macam mana Hisham boleh dapat A Bahasa Inggeris sedangkan ****** dapat B? Masa semak kertas sama-sama hari tu markah Hisham setakat B, tapi ****** dapat A”, suara Teacher Rosnizam kedengaran.

Saya terpaku.

Betulkah apa yang saya dengar?

Ya, saya akui ketika sesi semak kertas soalan selepas UPSR, markah BI saya setakat B sahaja. Itu kerana ada sebabnya. Mereka  tak pernah tahu kertas soalan yang kita boleh simpan itu sengaja saya tanda salah pada beberapan soalan. Sedang pada kertas OMR saya tandakan jawapan yang lain.

Kemudian saya dapat tahu kenapa Teacher Rosnizam berkata sedemikian. Sebabnya untuk persembahan penyampaian hadiah nanti murid yang dimaksudkan itu tidak mahu berlakon kerana masih bersedih. Apatah lagi persembahan itu di bawah kendaliannya.

Apa salah saya?

Berakhir kisah UPSR.

Kawan-kawan Darjah 5

Hari-hari terakhir darjah 6.

Merayau dari satu blok ke satu blok. Blok A yang bertukar menjadi dewan dan menjadi kelas kembali. Di belakangnya ada kolam ikan. Blok B pula dihujungnya ada tandas yang menggerunkan kerana pelbagai kisah hantu dikaitkan dengannya. Blok C di belakang sekali pula bangunan setingkat berwarna oren. Juga ada kisah hantu yang diturunkan dari tahun ke tahun. Di belakngnya padang sekolah dan bangsal rumah sukan.

Semuanya akan ditinggalkan. Di tepi ada kawasan lapang tempat bermain konda-kondi. Ada stor buruk di tepi kiri bangunan. Ada pokok buluh kuning berhantu di tepi sekolah. Di pokok buluh itu ada tayar-tayar besar untuk diduduki, dilompat mahupun duduk di dalamnya.

Bersendirian saya menikmati suasana ini.

Sekolah ini bakal saya tinggalkan.

6 tahun bersama. Berhampiran dengan tempat letak basikal saya termenung sendirian. Sesekali menatap blok-blok bangunan sekolah. Sekejap pandangan dialihkan ke arah jalan raya.

Akan tiba jua saatnya.

Bangun menuju ke pokok tepian pagar. Cantik warnanya. Daunnya saya petik.

Daun ini akan menjadi saksi saya pernah bersekolah di sini.

Daun itu disisipkan ke dalam poket.

Menuju ke kelas. Daun itu saya masukkan di celah buku.

Ketahuilah, daun ini menjadi saksi saya pernah menjadi murid di sini.

Sungguh naif!

Relung Masa : Persembahan Dan Penyampaian Hadiah
Ketika di sekolah rendah, antara yang dinanti ialah hujung musim persekolahan (kecuali hari-hari terakhir darjah 6 – Akan diceritakan dalam entri akan datang).

Hujung musim sekolah amat seronok kerana saya (baca kita) akan bercuti selama sebulan. Sebelumnya pula ada majlis persembahan dan penyampaian hadiah. Untuk persembahan seronok untuk melihat persembahan yang jarang-jarang dapat dilihat. Upacara penyampaian hadiah pula seronok kerana akan dapat banyak hadiah.

6 tahun bersekolah rendah, hanya 2 kali saya pernah membuat persembahan.

Kali pertama ketika darjah 3. Persembahan murid-murid terpilih darjah 3 untuk menyanyikan lagu ‘Sungai’. Bagi yang dah lupa macam mana lagu tu, sila baca lirik di bawah :

Air mu mengalir

Dari gunung jauh di sana

Jernih dan sejuknya

Sungguh indah dipandang mata

Kau tetap mengalir

Walau apa halangan tiba

Tak berhenti-henti

Hingga sampai di laut nanti

Masa juga kan berlalu

Tak menunggu kita

Gunakanlah sepenuhnya

Janganlah leka

Bentuk persembahan ialah kami disusun sebanyak 3 baris. Sambil menyanyikan lagu sungai ini, kami semua akan menggoyangkan badan mengikut pola berikut :

Barisan 3 : ////////

Barisan 2 : \\\\\\\\

Barisan 1 : ////////

dan berselang seli. Faham tak? Sambil menggoyangkan badan ke kiri dan kanan, kedua-dua tangan di angkat separas dada dengan dibukakan kesepuluh jari. Tapak tangan mengadap ke depan. ( Macam bersedia nak tangkap bola).

Persembahan kami mendapat tepukan gemuruh dek kerana tersusunnya gerak gaya tersebut. :p

Persembahan kedua dan terakhir pernah saya sertai pula ialah persembahan nyanyian Do Re Mi berserta gerak gaya membentuk huruf ( bagi eja perkataan do re mi fa so la ti do dengan menggunakan badan kanak-kanak ribena, termasuk adik saya.. :p )

Ini liriknya :

Doe, a deer, a female deer

Ray, a trop of golden sun

Me, a name I call myself

Far, a long long way to run

Sew, a needle pulling thread

La, a note to follow sew

Tea, I drink with jam and bread

That will bring us back to do…oh oh oh

Inilah yang menjayakan persembahan Do Re Mi tersebut. Saya tiada dalam gambar sebab ‘sibuk’ banyak hadiah nak kena ambil atas pentas. :p

Saya rasa, persembahan ketika penyampaian hadiah memang paling ditunggu oleh seluruh masyarakat Felda Melati jengka Sebelas! Hahahaha..

Persembahan-persembahan lain yang pernah diadakan dulu ialah tarian piring, tarian lilin, tarian yang nyanyi lagu wau bulan dan ada 2 persembahan wajib yang diadakan setiap tahun iaitu nasyid dan pentomen.

Sepanjang 6 tahun tersebut, bila persembahan nasyid tak tau kenapa selalunya 2 lagu ini yang akan dipilih. Pertama : Assalamualaikum. Siapa tak tau nasyid ni memang pelik .

Assalamualaikum salam sejahtera

Kepada anda semua moga bahagia

Di hari yang indah lagi mulia

—sampai la habis.

Lagu kedua yang sebenarnya lagu kontroversi, bertajuk Pemimpin Tiga Darjat. Kalau korang hebat mesti boleh teka.

Seorang pembela punya karamah

Yang akan datang di kurun ini

Dari segi gaya, bila sampai bahagian,

Dari kegelapan kepada cahaya

Dari penindasan kepada pembelaan

Dari kejahatan kepada kebaikan

Dari pecah belah kepada ukhwah

tangan kanan akan dikeluarkan bila sampainya lirik ‘dari *******“, tangan kiri pula ketika sampai lirik ‘kepada ***** “. Tak ada gaya lain ke???? Tiap-tiap tahun macam tu.

Persembahan paling dinanti-nantikan ialah persembahan pentomen. Yang masih saya ingat 3 buah pentomen. 1) Sakarul maut; rasanya pun macam tiap-tiap tahun ada kecuali masa darjah 5 dan 6 kot. 2) Tangisan Bosnia 3) Salah Siapa?

1) Sakaratul Maut

Rasanya tak perlu diceritakan dan ramai yang kot yang boleh agak apa muzik latar yang digunakan. Jadi saya taknak tulis.

2) Tangisan Bosnia

Gambar Hiasan

Saya rasa ini pentomen paling best masa sekolah rendah. Bermula dengan suasana kanak-kanak bermain ( kawan-kawan saya la tu yang berlakon), juga seorang ibu dan anak ( dilakonkan oleh Yazid dan kakaknya). Tiba-tiba kedengaran bunyi pesawat, bom dan tembakan peluru.

Muncul tentera Serbia. Masing-masing bertempiaran lari. Kemudian tiba pada scene menyanyat hati semua penonton. Yazid di tarik oleh tentera Serbia dan cuba diselamatkan oleh ‘ibu’nya. Berakhir dengan leher Yazid dikelar oleh tentera serbia. Kaku. Suasana berubah. Kelihatan seorang abang seorang abang sedang memujuk adiknya (Lakonan Subkhi dan Samsul). Lagu ‘Di Pondok Kecil ‘ pun berkumandang’.

* Rasa macam betul dah plotnya…

Bagi saya pentomen ni memang best.

3) Salah Siapa?

Berkisar tentang masalah Bohsia/ Bohjan yang melanda. Sifat materialistik masyarakat. Tak berapa ingat jalan cerita.

Sebelum saya habis tulis, baru saya teringat, pernah sekali ada persembahan boria. Dulu saya hafal lagunya tapi dah lupa.

Assalamualakum kami ucapkan

Kepada tuan pun rakan dan taulan

Boria SKJ 11 kami persembahkan…

6 Tekad, Tekun dan Takzim

(langsung dah tak ingat!)

Tertanya-tanya juga saya, apa agaknya persembahan yang ada sekarang ini ye di SKJ11 yang tercinta.

Hisham Ahmad

Kuantan, Pahang

Relung Masa : Ingin Jadi Ustaz?
Jengka…. Tahun 90-an.

Apalah yang kanak-kanak kecil itu tahu tentang kepelbagaian cita-cita. Yang sering terungkap di kalangan mereka hanyalah ingin menjadi Polis, Askar, Cikgu, Posmen, Doktor, Kerani, Peguam…. Hanya berlegar di sekitar nama-nama itu. Bila ada seorang guru menceritakan tentang sains dan angkasa lepas, juga adanya pekerjaan yang dipanggil ASTRONOMI, barulah ada yang berani menjaja cita-cita ingin menjadi Astronomi atau ada yang lebih umum menyatakan ingin menjadi Saintis.

Saya?

Antara yang pernah saya tulis… Polis, Penyiasat Persendirian, Pelukis, Guru. Pernah juga terlintas untuk ditulis Peguam sebagai salah satu cita-cita, tetapi menyedari bahawa saya bukanlah orang yang gemar bercakap dan berhujah, jadi saya merasakan cita-cita itu langsung tidak layak untuk saya.

Budak kecil yang pernah bercita-cita ingin jadi Ustaz

Itu kisah ketika sekolah rendah. Cita-cita hanya sekadar tulisan pada kertas. Keseronokan bermain bersama-kawan-kawan lebih utama daripada memikirkan cita-cita. Waktu di sekolah belajar sebaiknya; ketika di rumah dan cuti sekolah, lain pula suasananya. Cuti adalah cuti. Prinsip seorang kanak-kanak kecil bernama Hisham.

Bila dikenang kembali zaman sekolah rendah itu, di celah-celah relung masa kenangan, hadir satu bayangan rupanya  saya pernah menyematkan cita-cita ingin menjadi Ustaz.

Di sekolah guru-guru dengan pelbagai watak dan penampilan. Ada yang garang, ada yang mesra, ada yang selekeh, ada yang ‘satu warna’ ( dari kepala sampai ke kaki pakaian mesti warna yang sama). Ketika itu tidak terfikir untuk bercita-cita menjadi Ustaz. ( Yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah saya ( Tahap 1) adalah Ustazah. Ustaz pula sudah agak berusia. Jadi semuanya saya nampak biasa-biasa sahaja.

Ketika darjah berapa saya pun sudah lupa, ada guru-guru praktikum di sekolah. Salah seorangnya adalah Ustaz (saya lupa nama).  Yang saya masih ingat ialah dia memakai cermin mata. Apa yang pasti saya merasakan Ustaz itu sangat hebat. Baik akhlaknya, hebat ilmunya. ( Pandangan budak kecil.. :p )

Dari situ tersemat cita-cita ingin menjadi seorang Ustaz. Masa berlalu, kini cita-cita yang pernah saya simpan itu rupanya tidak terlaksana. Apa yang saya ingat cita-cita saya itu bukan secara umum tetapi saya letakkan secara spesifik. Ustaz yang saya ingin jadi itu seorang yang menghafaz Al-Quran, mahir hukum hakam, hebat bahasa arabnya, pandai berceramah, akhlaknya mulia.

Perubahan masa banyak merubah segalanya. Bidang pengajian saya menjurus kepada gelaran Ustaz tetapi saya bukanlah Ustaz yang pernah saya gambarkan.

Kini ustaz semakin ramai, setara manakah kualitinya? Atau ustaz kini hanya pada nama….

Dalam relung masa

Segmen-segmen citra melatari

Kembara menelusuri kenangan

Menyingkap rahsia diri

Hisham Ahmad

Kuantan.