Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Archive of ‘Keluarga’ category

Sebulan : Sebuah Catatan

Secara rasminya 18 Mac 2013 saya mula bertugas di Temerloh, termasuk di Chenor. Hari ini 17 April 2013.

Kali terakhir mengisi blog ini dulu 15 Februari 2013. Wow! Jarak 2 bulan entri ini. Antara malas, tiada idea ataupun tidak sempat ada jawapannya.

Baiklah, sebulan yang telah berlalu ini, saya berjauhan dengan isteri dan anak-anak. Jadualnya begini. Hari bekerja, siang di Temerloh ataupun Chenor. Malamnya pula di Jengka. Cuti hujung minggu di Kuantan.

Walaupun bekerja di Temerloh dan Chenor, saya menetap di tanah kelahiran di mana di situlah kampung halaman. Makan dan pakai terjaga. Sedang isteri dan anak-anak di Damansara, Kuantan. T_T (more…)

27 Tahun Lamanya

27 Tahun Lamanya

15 Februari 1986 – (Saya ketika itu berusia 4 tahun)

Pagi itu bangun seperti biasa. Apa yang berlaku sudah tiada dalam ingatan. Yang tersimpan dalam memori, saya melihat Bangli turun dari rumah. Tergesa-gesa. Lantas saya turuti langkah itu. Namun terhenti di tepi rumah, mencangkung bersama-sama kemuncup yang tumbuh meliar. Masih mamai. Bangli menuju ke rumah Pakcik Mail @ Wahab untuk memberitahu sesuatu. Ingatan berakhir di sini.
Beralih memori kedua. Hari yang sama. (more…)

Riadah : Kolam Renang, Felda Residence Tekam

Riadah : Kolam Renang, Felda Residence Tekam

Cuti 5 hari sempena Aidil Adha baru ni, kami (saya, isteri, anak-anak, adik  dan anak-anak saudara) beraktiviti di kolam renang. Dua kali pergi. Kali pertama hari Khamis sebelum raya dan kali kedua hari Sabtu lepas raya. (more…)

Mimpi membuah rindu

Mimpi membuah rindu

 

Selalunya bila sebut mimpi, macam-macam yang tak diduga berlaku dalam mimpi tersebut.

Malam tadi saya bermimpi.

Memang lah sangat caca marba dan tak logik. Lokasi dalam mimpi saya ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka Sebelas.  Dalam mimpi itu, saya dalam usia sekarang malahan ramai yang wujud dalam mimpi tersebut adalah rakan-rakan pejabat. Suasananya bertukar-tukar kadang-kadang dalam kelas dan kadang-kadang dalam bilik mesyuarat.

Walaupun dalam umur sekarang dalam mimpu tu, tapi masih bergelar murid dengan baju dan beg sekolah.  ( Dah namanya mimpi, memanglah tak logik) (more…)

Projek Kolam

2 buah kolam ikan

Balik Jengka baru ni, meninjau projek baru dan buat apa yang patut.

Ada 2 buah kolam yang dikorek. Buat masa ini masih lembik lagi. Kalau ikut cadangan, projek ini akan melibatkan ikan patin, talapia dan keli.

Tak sabar nak tunggu ‘majlis pelepasan benih ikan’  :) (more…)