
MasyaAllah..
buat pengetahuan anta, ana dah lama tak buka webmail ni.. bila ana buka tengok.. banyak email dari anta..
Maaf ye.. ana lambat reply.. berdosa ana kalau terdetik kekecewaan di hati anta..
Secebis balasan emel yang baru saya terima. Memang kiriman emel yang saya hantar tidak berjawab untuk masa yang agak lama. Bahkan saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menerima balasan setelah sekian lama. Namun, balasan emel ini cukup menjadikan saya terpaku.
Mata terpaku pada baris ayat ‘berdosa ana kalau terdetik kekecewaan di hati anta..’
Baca sepenuhnya.. »


Tersentuh hati saya tatkala menerima emel daripada Ustaz Zamri. Tidak saya sangka apa yang saya tulis di blog sebelum ini mendapat balasan emel.
Emel yang menambahkan semangat saya untuk terus menulis.
Emel yang turut menjadi peringatan buat saya agar sentiasa ikhlas.
Emel yang juga memberi nasihat sebelum saya bergelar ayah.
Baca sepenuhnya.. »


Tidak kenal maka tidak cinta.
Tetapi yang ini lain pula ungkapannya.
TIDAK KENAL MAKA TIDAK BENCI!!
JIKA BENCI, BENCILAH DENGAN SESUNGGUH HATI!!
Baca sepenuhnya.. »


Dua puluh tujuh!
Sigh!
Jika hari ini saya boleh katakan usia saya menjangkau 27 tahun, maka 2 minggu akan datang juga begitu.
19 Disember 1981 adalah tarikh sebenar dilahirkan.
2 Januari 1982 adalah tarikh lahir yang tercatat di sijil kelahiran.
Apa pencapaian saya sehingga kini?
- Bergelar suami pada 2 bulan yang lalu.
- Bakal bergelar ayah, Insya Allah.
- Berjaya memberikan taklimat dalam slot khas untuk saya dalam satu kursus. Satu kejayaan besar kerana saya memang fobia tidak pandai berucap di khalayak ramai. Akan di’update’ kisahnya nanti.
- Serta lain-lain pencapaian yang tidak perlu saya nyatakan. Huhuhu.

Hisham Ahmad
Another Year Older
