Ramai yang mengatakan filem Ayat-ayat Cinta itu hebat. Saya pula memilih dengan menyatakan bahawa ia bukanlah sehebat yang digambarkan. Bahkan jika diulangtayang kembali di televisyen, saya tidak pasti samada saya akan menontonnya ataupun tidak. Berkemungkinan besar, saya tidak akan menontonnya. Cukuplah sekali sahaja.
Sesekali timbul kekesalan kerana alpanya tika itu. Mungkin kita berjanji sebelum tibanya Ramadhan untuk mengisinya dengan segala kebaikan. Mungkin di saat tibanya Ramadhan kita terlupa janji itu. Terlupa rindu yang pernah bertamu.
Wah, lebih dari yang disangka! Saya pula yang terasa ketinggalan. Blog Ustaz Nazri kini sudah kembali beraksi. Gandingan Ustaz Nazri bersama Kak Mai melengkapi janji untuk istiqomah menulis di blog tersebut. Amanah yang diberikan kepada saya dulu, saya serahkan kembali.
Buat Ustaz Nazri, Kak Mai dan si comel Najiyya, welcome to the club! We’re the bloggers! ( Najiyya sebagai peniup semangat kepada ibu dan ayahnya).
Najiyya
Blog saya ini pula yang lama tidak berisi! Bukan tidak ada usaha untuk menulis. Baca sepenuhnya.. »
"Duhai isteriku, janganlah engkau terlalu mencintaiku. Aku hanyalah makhluk lemah dan tidak berdaya.Aku tidak dapat mempertahankanmu kecuali kekuatan yang Allah kurniakan kepadaku. Aku tidak mampu memberi nafkah kepadamu walau sesen pun, melainkan limpah rezekiNya padaku.
Cintailah Allah, pemilik alam ini. Sekiranya Allah mencintaimu, pasti Dia memelihara dirimu walaupun aku berada jauh darimu. Sekiranya Allah menyayangimu, Dia pasti membela dan mencukupi segala keperluanmu sekalipun aku tidak berdaya membela dan memenuhi kehendakmu.
Cintailah aku sekadar apa yang diperintahkan Allah kepadamu."