Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Archive of ‘Makan’ category

Misi : Makan Tengahari

Misi : Makan Tengahari

 

Bila orang tanya di mana tempat makan yang sedap, saya akan nganga. Definisi sedap tu sukar nak dijelaskan. Apatah lagi saya jarang sangat-sangat makan di gerai/restoran.

Kalau hari kerja macam mana? Ok, kalau saya bawa bekal tiada masalah. Kalau tak bawa bekal/bento, dulu selalu ke WS Santap. Sebabnya dekat dengan masjid. Lepas solat zohor terus pergi makan. Malangnya WS Santap dah tutup dan bertukar menjadi kedai mamak. Saya memang kurang sangat dengan kedai mamak. (more…)

Balik Kampung Dan Makan

Balik Kampung Dan Makan

Baru-baru ini balik Jengka. Antara yang menarik bila balik Jengka pastinya makan masakan mak dan temanya berasaskan makanan kampung.
( Kalau balik Jengka, makan ikan goreng @ telur goreng pun sedap! ) (more…)

East Coast Buffet Steamboat

East Coast Buffet Steamboat

Hari Rabu baru ni ada orang teringin nak makan steamboat. Memandangkan sudah lama tidak makan sekeluarga di luar rumah, boleh lah aktiviti ini dibuat. Akan datang tak tau lagi bila pula.

Sebenarnya ini kali pertama makan di sini. Nama restorannya East Coast Buffet Steamboat.

Antara yang disediakan ialah udang, kerang, lala, ketam, ayam, sotong, telur, dan makanan-makanan rutin bila sebut steamboat. Nasi goreng pun ada.

Dari luar restoran

Amaran!!!!!

Kebetulan ketam yang disediakan pada hari tersebut tidak sesegar mana. Mungkin faktor musim barangkali. Kek dan aiskrim juga turut disediakan dan tidak dikenakan bayaran tambahan.

 

Aqilah dan aiskrim

Afiqah yang fotogenik. Nak makan sendiri je... Akhirnya dia tumpahkan mee dan aiskrim...

Kuah tomyam dan sup biasa

Alhamdulillah...Selesai sudah.

Aktiviti makan ini sesuai dimasukkan di dalam carta ‘Productive Muslim’ yang saya gunakan kini di dalam kategori ‘family’. Semoga  perjalanan untuk menjadi productive Muslim akan mudah dilalui. (Apa kena mengenanya dengan tajuk berkaitan steamboat????)

Hisham Ahmad
Damansara, Kuantan.