
Banana Split
Awal minggu baru ni ketika merayau-raya blog orang lain, ada terbaca tentang banana split. Terliur pula melihat gambar-gambar yang dipaparkan. Tapi belum pernah rasa dan belum pernah juga lihat depan mata.
2 hari lepas banana split telah saya masukkan dalam agenda mesti buat untuk minggu ini. Jom tengok respi.
Bahan-bahan :
1. Pisang
2. Serbuk kayu manis
3. Butter
4. Sirap coklat
5. Bahan-bahan hiasan (terpulang pada citarasa sendiri). Kebetulan di rumah ada coklat rice warna-warni, wafer stick, coklat bulat leper warna warni Aqilah dan Afiqah punya. Kalau ada buah seperti strawberri, ceri, boleh juga diletak. Untuk lagi sedap ( kot ), boleh taburkan kekacang.
*Kalau taknak goreng pisang pun takpe.
Cara-cara :
1. Belah pisang supaya berpisah.
2. Panaskan kuali, masukkan sedikit butter dan goreng pisang tersebut.
3. Susun pisang atas pinggan / mangkuk.
4. Taburkan serbuk kayu manis.
5. Letakkan aiskrim di antara pisang yang terpisah. Ikut suka nak perisa apa..
6. Tuang sirap coklat. Taburkan bahan-bahan hiasan. (Kalau nak tabur dulu baru tuang sirap coklat pun takpe. Takde siapa nak marah.
7. Siap. Makan!
Berita sebelum entri :
England dah terkeluar. Germany pun menerima nasib yang sama. Final Spain akan menentang Italy. Adakah saya akan tertidur juga sebagaimana 2 perlawanan sebelum ini? Pasukan pilihan saya dah terkeluar maka menunggu BPL bermula untuk musim hadapan. YNWA. (more…)

Penkek yang terhasil
Semalam masa tunggu giliran jumpa doktor, sambil-sambil tengok tv rancangan 5 rempah 5 rasa. Tengok dia buat kuih chakoi terasa teringin pula nak makan. (Apatah lagi sedang berpuasa). Dipendekkan cerita, dek kerana terliur dengan kuih chakoi tersebut, selepas isyak saya bersegera buat penkek.
(Langsung tiada kaitan antara chakoi dan penkek. Abaikan bagaimana proses transformasi keinginan tersebut berlaku)
Menjadilah juga penkek ini walaupun pertama kali mencubanya.
Resipi yang saya gunakan adalah berdasarkan kepada blog Mat Gebu. Klik sini.
BAHAN-BAHANNYA 
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1 camca besar gula halus
1 cawan susu segar (atau 1 cawan air + 2 camca besar susu tepung) - [Saya guna susu segar]
1 biji telur
3 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla (optional) – [Saya masukkan]
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA
- Satukan semua bahan2 diatas dan kacau dengan whisk hingga semua sebati, halus dan tidak berbintil2 atau masukkan semua ke dalam blender dan kisar hingga rata. Rehatkan adunan 10 minit.
- Panaskan non-stick frying pan menggunakan api paling kecil, sapu dengan sedikit mentega kemudian lap dengan paper towel. Kemudian tuang 1/2 cawan adunan pancake di tengahtengah pan tadi. Biar sehingga permukaannya berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap.
- Alihkan ke dalam pinggan. Buat hingga siap. Api perlu kecil untuk mendapatkan pancake yang sekata warnanya. Lagi satu jangan ada tompokan mentega atau minyak pada pan, nanti pancake tak jadi licin dan ayu. Hidang bersama manisan kegemaran dan hias ikut kreativiti masing2….
Selamat mencuba!
Hisham Ahmad
Damansara, Kuantan.