
Dia isteri yang sabar menguruskan suami dan anak. Berpenat lelah pagi dan petang. Dari siang membawa ke malam. Waktu tidak berhenti begitu juga dirinya.
Dia isteri yang runsingkan kesihatan suami dan anak.
Dia yang tidak pernah berhenti memikirkan makan pakai suami dan anaknya.
Read more »

Sukar dipercaya. Berita Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia seakan mimpi buat saya. Apatah lagi saya menerimanya di saat berita ini masih belum tersebar secara meluas di internet.
Di petang ini terdetik untuk saya menulis di blog ini. Ditemani suara dari IKIM.fm. Entah kali ke berapa DJ IKIM mengumumkan berita ini. Malah di ketika ini lagu Pergi Tak Kembali diputarkan.
Mendengar lagu ini, apatah lagi dialunkan insan yang baru sahaja dijemput pulang, menusuk ke tangkai hati.
Read more »
Bunyinya memang di luar sangkaan. Kenapa tajuk entri kali ini tentang lebaran? Lebaran bermakna hari raya. Sakitkah saya kerana di bulan Rejab ini hendak berbicara tentang hari raya, tentang lebaran?
Saya rasa ada peniaga yang lebih sakit kerana telah ada iklan JUALAN SEMPENA HARI RAYA di akhbar tempatan! Berkerut dahi juga saya melihat iklan tersebut. Wah, ghairahnya hendak berhari raya! Lebih ghairah lagi hendak mengaut keuntungan!
Read more »