
Kalau dah terpapar di sini, itu bukan top secret lagi namanya. Tapi apa sebenarnya yang menjadikan sebelum ini ia bergelar ‘Top Secret’?

Kalau dah terpapar di sini, itu bukan top secret lagi namanya. Tapi apa sebenarnya yang menjadikan sebelum ini ia bergelar ‘Top Secret’?

Suria Perkasa Hitam bersama
motor-motornya; Wira Perkasa dan Belalang Tempur
Dulu saya begitu teruja menonton rancangan Masked Rider Black. Terpegun dengan Tumbukan Padu Maut. Juga Tendangan Padu Maut yang selalunya menjadi pemutus riwayat raksasa yang dihantar oleh Gorgom.
Wah! Memang cool!
Lebih teruja lagi apabila Belalang Tempur dan Wira Perkasa beraksi. Serasa hendak menjerit-jerit menyuruh Suria Perkasa Hitam segera memanggil kedua-duanya datang memberi pertolongan.
( Atau memang pernah menjerit pun…)
Dek kerana obsesnya saya, lalu basikal saya pun diberikan nama. Kalau tidak silap namanya ‘WIRA PERKASA’ sebab saya lebih berminat dengan Wira Perkasa berbanding Belalang Tempur. Apa yang saya ingat kod basikal saya ialah LG 882. :)
( Waktu tu tak terfikir cari nama lain kot…)
Apa kaitannya dengan Badan Dakwah dan Tarbiah 7297?

“Assalamualaykum Sham”, Sapa Ustaz Hasdi melalui telefon.
“Waalaykumussalam Ustaz”, jawab saya.
“Ana nak tanya la, betul ke hari ni ada ujian tahfiz? Ana ada kat tingkat atas PAID ni”, tanya Ustaz Hasdi.
“Err.. ana tak pasti la ustaz. Kejap, ana keluar nak tengok”, jawab saya seraya keluar dari bilik.

Melompat-lompat dari satu blog ke satu blog. Disebabkan tiada sesiapa yang pernah tagged saya, jadi saya tanpa segan silu men’tag’ diri saya sendiri.
Selamat Membaca.