
Penulis merupakan anak jati FELDA di Jengka, Pahang.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka Sebelas dan Sekolah Agama Rakyat Jengka Sebelas.
Di peringkat menengah, menyambung pendidikan di Sekolah Kiblah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang.
Selesai tamat pendidikan menengah, beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang Syariah.
Tamat pengajian di Universiti Malaya, beliau mengikuti kursus Skim Latihan Graduan selama 6 bulan bagi program Eksekutif Produk Halal.
Seterusnya beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan berjaya memperoleh Diploma pentadbiran dan Kehakiman Islam.

