Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Balik Kampung!

Baru-baru ini saya dan keluarga balik ke kampung di Sekinchan. Tujuan utamanya adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu dan semestinya dalam masa yang sama bertemu dan beramah mesra sesama sanak saudara yang jarang dapat bertemu.

Petang Jumaat 27 Mei , selepas tamat waktu pejabat saya bersama isteri dan anak-anak serta adik ipar pulang ke Jengka.

Pagi Sabtu 28 Mei, saya, isteri, anak-anak, mak, abang dan juga anak saudara (Nana) bertolak menuju ke Keramat untuk bermalam di rumah Ani dan suaminya Farid. Oh ya, sebelum itu hantar Nor ke Terminal Bas Jengka untuk menuju ke KL (Sebab tak muat kalau naik kereta).

Petang 28 Mei, Kakngah dan Abg Ngah serta 3 orang anak mereka (Abg Chik, Ira dan Boy) tiba untuk menyertai aktiviti berkumpul beramai-ramai.

[Pagi 29 Mei, menyaksikan perlawanan akhir Man U vs Barcelona.
Yeay!!! Barca menang!!!]

Pagi 29 Mei,bergerak dengan 3 buah kereta untuk menuju ke rumah Adik bagi menambahkan lagi peserta rombongan kerana Bangman sekeluarga juga sudah menunggu di situ.

Malang tidak berbau, dalam perjalanan tayar kereta saya pecah di kawasan Damansara Damai. Berhenti di Stesen Petronas dan tukar tayar. Disebabkan berlakunya tragedi tayar pecah, maka Adik dan Bangman sekeluarga datang ke stesen petronas untuk meneruskan perjalanan dan perancangan untuk berjumpa di rumah dibatalkan.

Tukar tayar

Lebih kurang jam 1.00 petang tiba majlis tersebut iaitu di Taman Ria, Sekinchan. Kakti, Abg Wan dan anak-anak (4 orang) sudah lama tiba iaitu hari sebelumnya.

Setelah makan-makan, sembang-sembang dan bermacam lagi, kami semua berangkat menuju ke kampung di Parit 7 Sungai Leman.

Sedang makan

Nasi jagung dan lauk... Sedap!

Bubur Sum-sum. Pun sedap!!! Teringin nak makan lagi. Dulu mak selalu buat.

 

Disebabkan rumah Allahyarham nenek sudah tidak ada, maka pastinya rumah Busu Ipah menjadi destinasi yang dituju.

(Saya tidak berniat nak bercerita nostalgia silam ketika di kampung dulu… :D   Sila lihat gambar di bawah)

Mencari kenangan yang masih bersemadi di sini

Agar kau mengetahuinya duhai anak!

Perjalanan dalam sebuah kehidupan

 

Petangnya pula kami menuju ke Taman Ria lagi sekali untuk aktiviti makan-makan yang seterusnya dan bertemu sanak-saudara sekali lagi.

Apabila sesi ‘reunion’ selesai, maka kami semua menuju ke Taman Desa Mawar, Tanjung Karang untuk ke rumah Angah Hamzah dengan diketuai oleh Achik Zaaimah selaku isteri kepada Angah Hamzah. Ini kerana kami semua tidak tahu jalan menuju ke rumah tersebut.

Aktiviti di rumah Angah Hamzah adalah makan-makan (seperti biasa), sembang-sembang dan juga bersantai di luar rumah.

 

Di rumah Angah Hamzah. Aqilah yang sedang bergembira.

Afiqah dan Nana

 

 

Sebelum Maghrib menjelang, Bangman sekeluarga, Kakngah juga Abg Ngah sekeluarga, Kakti/Abg Wan sekeluarga (kecuali Haziq) dan Adik berangkat pulang. Kami yang masih tinggal akan bermalam di rumah Angah Hamzah.

30 Mei, lebih kurang jam 10.30 pagi kami berangkat pulang.

Kami pun pulang

Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang

 

Hisham Ahmad

Latest posts by Hisham Ahmad (see all)

No related posts.

Leave a reply