Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya, lain tempat lain caranya.
Mungkin di tempat lain namanya juga lain.
Di sini, kami memanggilnya baraan. Uniknya di sini ia dijalankan mengikut blok-blok tertentu. Sebagaimana aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan mengikut blok seperti kenduri-kendara, moreh, pentadbiran; begitu juga dengan baraan ini. Keluarga besar kami adalah di dalam Blok 9.
Masa kian berlalu, anak-anak berkelana mencari rezeki di luar penempatan Jengka, berkahwin dan beranak pinak. Semakin besarlah saiz sesebuah keluarga. Seiring dengan pertambahan ini juga, turut berlaku pengurangan. Warga peneroka (golongan veteran) semakin berkurangan. Situasi ini amat dirasai baraan kali ini.
Beberapa buah rumah terpaksa dilangkau kerana tiada lagi berpenghuni. Itulah realitinya. Jengka Sebelas yang mula dibuka pada 1974 kian berubah. Semoga perubahan yang berlaku tidak akan mematikan tradisi ini. Di sinilah antara peluangnya untuk bertemu jiran-jiran dan sahabat handai kembali. Aidilfitri menjadi peluang untuk silaturahim diperkukuh kembali.
Dikirimkan di sini gambar-gambar sekitar baraan di rumah kami.
Orang dah nak datang!!
Abgwan mengetuai tetamu yang hadir
Ipong
Semakin ramai yang tiba
Wak Selamat
Dah tak muat...
Asyik gambar Ipong je!!!
Lagi gambar Ipong....
Ni fokus gambar kat mana ni??
Anak Almarhum Tok Ayah ke?? Ke menantu??
Lee dan tenteranya...
Anak-anak beratur ye!!
Apa yang kelakarnya sampai Bangli gelak macam tu?

Iklan sekejap. Bangli (Abang), Farid (Adik Ipar), Abg Nik (Anak saudara)
Haziq tiba-tiba mengacau!
Inilah Mahathir Bin Mohamad, kawan saya.
Ira, Yaya, Nana dan Ain (anak-anak saudara) nak juga menyelit di belakang.
Tak perlu diperkenalkan lagi siapakah gerangannya...
Begitulah gambaran suasana baraan ketika di rumah kami. Gambar saya tiada kerana bertugas sebagai jurugambar.
Seterusnya, kami semua menuju ke rumah yang lain sehingga tamat dalam jam 11.00 pagi.
Sepanjang baraan tersebut saya hanya menjamah :
1. 1 cucuk sate ayam
2. 4 potong nasi impit dan 5 ketul kecil rendang daging
3. 1 piring kecik pecal jawa.
4. 1/2 piring bihun goreng.
5. 3 ketul dodol.
6. Semangkuk sup gear box.
7. Beberapa gelas air.
Godaan untuk makan pelbagai juadah lain yang disediakan memang sukar untuk dihadapi tetapi alhamdulillah saya berjaya mengawalnya. Ini kerana saya dalam proses untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik, apatah lagi dengan insiden-insiden ketidaksihatan yang berlaku.
Hisham Ahmad
kuantan, Pahang
No related posts.













Facebook
Twitter
GooglePlus
wahh..berjaya control kalori!
Wahhh sudah menjalani kehidupan seperti bangsa Jawa ye akak ? baguslah abg ecam nak control kalori. Alhamdulillah saya pun sedang berjihad ni.
Semoga matlamat dapat dicapai… Yes!