Cerita kami minggu lepas
7 hari Afiqah masuk wad. Sepenuh masa ditemani oleh isteri. 14 Sept ini rawatan susulan dan dijangka 2 minggu lagi akan dapat keputusan penuh hasil ujian darah.
4 Sept iaitu pada hari kejadian, bersamaan 17 Syawwal merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4. Afiqah disarankan masuk wad dan kemudiannya isteri kemalangan kerana terbabas ketika memandu kereta. Alhamdulillah isteri dan Afiqah tidak ada apa-apa kecederaan. Aqilah pula ketika itu bersama saya di pejabat. Dari rumah lagi dah kata nak duduk pejabat ayah.
Satu-satunya kereta yang kami ada terpaksa dihantar ke bengkel. Kos untuk membaikinya ‘berpeluh dahi’ memikirkannya. Bila dihantar ke bengkel kena pula tinggalkan di sana. Masalah untuk bergerak ke sini sana pula timbul. Apatah lagi kalau ikut kata doktor pada petangnya kemungkinan Afiqah kena masuk wad bila dah ada katil kosong.
Masalah selesai bila Kak Fatin (kawan sepejabat isteri dan juga jiran kami di BDK) sudi pinjamkan kereta kepada kami sehingga kereta siap dibaiki. Dia sendiri menumpang di rumah Wardina.
Sebelum Maghrib dapat panggilan dari KMC, maklumkan dah ada katil kosong. Selepas berkemas apa yang patut, sejurus solat Maghrib menuju ke KMC. Maka bermulalah perjalanan ulang alik saya dan Aqilah sepanjang 7 hari. Sempat bermalam di KMC 4 malam.
Aqilah seperti biasa, seorang anak yang baik dan kakak yang baik juga. Ke hulu ke hilir dengan ayah. Pergi ke kedai, beli makanan, balik rumah, kemas rumah, basuh pakaian, main game, memasak. Itulah pengorbanan seorang anak. ^^
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang melawat kami di KMC. Tidak lupa juga yang komen di FB, whatsApp.Juga sahabat-sahabat yang telefon bertanyakan keadaan.
Oh ya, ketika hari kejadian kek yang ditempah oleh isteri saya sempena ulangtahun perkahwinan turut mengalami kecederaan.

Kek yang terlibat dalam kemalangan
—————–
Entri tambahan :
Terima kasih kepada Faiz dan Che Da sebab datang beraya rumah kami pada 31 Ogos. Lemang, ketupat, rendang tiada… yang ada nasi ayam.
Bila lah kawan-kawan yang lain pula nak datang ye….

Terima kasih kerana sudi datang!

Awfa .. Anak Faiz & Che Da
Hisham Ahmad
Latest posts by Hisham Ahmad (see all)
- Pasca PRU13, Pandangan Saya - 8 May, 2013
- Penamaan Calon PRU 13 - 19 April, 2013
- Buku : Aku Bercerita - 18 April, 2013
Artikel berkaitan:
Facebook
Twitter
GooglePlus