Dilema PBAKL 2012
Jangan lupa tarikh ini, 27 April 2012 – 6 Mei 2012. Lokasinya ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Acaranya ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Buat pertama kalinya tahun lepas saya tidak dapat menghadirinya. Sebab itu untuk tahun ini saya benar-benar berazam akan menjejakinya seperti tahun-tahun sebelumnya.
(Paling menarik ketika saya bekerja sambilan di salah sebuah booth buku tersebut selama 10 hari ketika cuti semester zaman menjadi mahasiswa di UM dahulu!)
Untuk tahun ini, dilema mula melanda kerana pada tarikh-tarikh tertentu jadual saya dan keluarga sudah penuh.
27 April 2012 : Jumaat, kerja, ada kes.
28 April 2012 : Isteri ada kelas Master di KIPSAS.
29 April 2012 : Mengemas rumah dan laman
30 April 2012 : Kerja
1 Mei 2012 : Cuti Umum!!!
2 – 4 Mei 2012 : Kursus
4 – 7 Mei 2012 : Balik Terengganu.
Waktu yang sesuai sebenarnya ialah 1- 4 Mei. Tetapi telah ada kursus yang wajib dihadiri. Sebolehnya saya ingin mengelak ketika hari minggu dan cuti umum. Walaupun masih dalam minggu cuti persekolahan, kepadatan masih lagi kurang rasanya ketika hari-hari bekerja. (Silap jadual… :p )
Nampaknya waktu yang sesuai berdasarkan jadual saya ialah pada 29, 30 April dan 1 Mei.
30 April saya akan minta cuti.
Rasanya itu cara menyelesaikan dilema PBAKL kali ini.
———————-
Hisham Ahmad
Hisham Ahmad
Latest posts by Hisham Ahmad (see all)
- Pasca PRU13, Pandangan Saya - 8 May, 2013
- Penamaan Calon PRU 13 - 19 April, 2013
- Buku : Aku Bercerita - 18 April, 2013
Artikel berkaitan:

Facebook
Twitter
GooglePlus