Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

East Coast Buffet Steamboat

Hari Rabu baru ni ada orang teringin nak makan steamboat. Memandangkan sudah lama tidak makan sekeluarga di luar rumah, boleh lah aktiviti ini dibuat. Akan datang tak tau lagi bila pula.

Sebenarnya ini kali pertama makan di sini. Nama restorannya East Coast Buffet Steamboat.

Antara yang disediakan ialah udang, kerang, lala, ketam, ayam, sotong, telur, dan makanan-makanan rutin bila sebut steamboat. Nasi goreng pun ada.

Dari luar restoran

Amaran!!!!!

Kebetulan ketam yang disediakan pada hari tersebut tidak sesegar mana. Mungkin faktor musim barangkali. Kek dan aiskrim juga turut disediakan dan tidak dikenakan bayaran tambahan.

 

Aqilah dan aiskrim

Afiqah yang fotogenik. Nak makan sendiri je... Akhirnya dia tumpahkan mee dan aiskrim...

Kuah tomyam dan sup biasa

Alhamdulillah...Selesai sudah.

Aktiviti makan ini sesuai dimasukkan di dalam carta ‘Productive Muslim’ yang saya gunakan kini di dalam kategori ‘family’. Semoga  perjalanan untuk menjadi productive Muslim akan mudah dilalui. (Apa kena mengenanya dengan tajuk berkaitan steamboat????)

Hisham Ahmad
Damansara, Kuantan.

Hisham Ahmad

Latest posts by Hisham Ahmad (see all)

No related posts.

13 comments on East Coast Buffet Steamboat

  1. Hisham Ahmad
    13 April, 2012 at 1:48 am (408 days ago)

    Akan datang lagi nanti.. Teringat gathering KIBLAHIANS yang sungguh best dulu di Selangor! El Nizar

    Reply
    • El Nizar
      13 April, 2012 at 10:01 am (408 days ago)

      untung la mkn steamboat…brp $$$ dewasa ??

      Reply
    • Hisham Ahmad
      14 April, 2012 at 12:51 am (407 days ago)

      El Nizar Dewasa RM22. Weh, 3 kali gathering kita buat, yang makan-makan malam tu paling best! Bila nak buat lagi yang macam tu?

      Reply
    • El Nizar
      14 April, 2012 at 9:43 am (407 days ago)

      ko wat la invitation :p

      Reply
  2. Najibah Mustaffa
    13 April, 2012 at 2:07 am (408 days ago)

    hahaha..comel sungguh laporan ini. Orang yang teringin makan tu teringin lagi..sebab hari tu tersilap makan mee, maka kenyang sangat dan tak dapat menikmati steamboat itu dengan sewajarnya. sekian.

    Reply
    • Hisham Ahmad
      13 April, 2012 at 2:15 am (408 days ago)

      Cuba cari buku… Tajuknya "HOW TO EAT STEAMBOAT WISELY WITHOUT REGRET"… Penulisnya Hisham Ahmad kalau tak silap.

      Reply
    • Najibah Mustaffa
      13 April, 2012 at 2:20 am (408 days ago)

      serius???nak kena gi cari ni, supaya lain kali makan steamboat tak rasa regret

      Reply
    • Liza Mohd Mokhtar
      13 April, 2012 at 4:16 am (408 days ago)

      Restoran stemboat boat..xingt la nama restorannya tu..ok jgk steamboatnya dlm east coast mall..kalu dan..nk singgh lg nnt..heee

      Reply
    • Aida Surieany Othman
      13 April, 2012 at 4:39 am (408 days ago)

      Restoran ni mmg menjadi favorite kami sekeluarga….steamboat mmg bagus untuk diet plan….sekali-sekala mmg betul2 kena nikmati dgn sewajarnya :) …(kalau selalu sgt pun…hati2 pada jenis seafood ya)

      Reply
    • Hisham Ahmad
      13 April, 2012 at 7:19 am (408 days ago)

      Liza, yang dalam ECM tu namanya Johnny's kan. (Jonet pun boleh jugak..)

      Reply
    • Liza Mohd Mokhtar
      13 April, 2012 at 11:35 am (408 days ago)

      Ha..ah..btul dah radenya tu nama restorn tu..

      Reply
    • Liza Mohd Mokhtar
      13 April, 2012 at 11:35 am (408 days ago)

      *rasanya..

      Reply
  3. Syadatul Azura Hairulhazan
    13 April, 2012 at 7:22 am (408 days ago)

    Jonet ada org kata meragukan…

    Reply

Leave a reply