Insan Istimewa
Dalam hidup ini, sentiasa akan ada insan disekeliling kita. Dalam kehidupan berkeluarga, dalam bekerja juga dalam bermasyarakat. Mereka yang hadir hanya sebagai satu persinggahan ataupun melengkapkan perjalanan hidup kita.
Kali ini saya ingin mengisahkan tentang 2 insan yang istimewa dalam hidup saya,iaitu mereka yang tidak mempunyai talian persaudaraan; namun dekat di hati saya. Mengapa saya katakan begitu? Sukar juga untuk saya menjelaskan kerana rasa itu lahir dalam dalam hati.
Insan Istimewa 1
Dia saya kenali ketika di semester akhir pengajian di Universiti Malaya. Tahun di mana saya hanya perlu menyiapkan Kertas Projek dan tidak mengikuti mana-mana kuliah. Di samping menyiapkan tugasan saya itu, saya turut bekerja sambilan dengan menjual buku di pelbagai lokasi. Pernah membuka gerai jualan di UPSI, hospital, UiTM, KUIS, dan beberapa tempat lagi. Beliau saya kenali ketika membuka gerai jualan di KUIS. Beliau yang saya maksudkan ialah Ustaz Naziree dan kini bertugas di salah satu IPT di Pantai Timur.
Kecintaan beliau kepada ilmu itulah yang menjadikan beliau istimewa. Walaupun pada hakikatnya pertemuan-pertemuan selepas daripada perkenalan itu hanyalah secara kebetulan, tetapi beliau tidak pernah jemu memberikan kata-kata perangsang kepada saya setiap kali bertemu. Ilmu yang ada, beliau kongsi bersama.
Kini beliau dalam proses menyiapkan Phdnya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau.
Insan Istimewa 2
Dialah yang paling istimewa. Bagi saya, dialah abang, dia juga mursyid, mentor bahkan sumber inspirasi. Mengenali beliau adalah salah satu kurniaan Allah yang tidak terhingga buat saya dan saya amat menghargainya.
“Terima kasih ya Allah, kerana mempertemukanku dengannya.â€
Dialah Ustaz Nazri. Dia yang dikenali seawal semester pertama di APIUM KL. Ketika itu beliau bertugas sebagai tutor. Kini, menyandang jawatan besar di salah sebuah institusi kewangan Islam.
“Sham, lepas ni anta tak dapat jumpa ana dah di Akademi Islamâ€. Masih lagi saya ingat kata-kata itu ketika berbicara di telefon ketika memasuki semester baru (saya sudah lupa semester berapa). Ya, beliau sudah tidak bekerja di APIUM. Patutlah saya tidak nampak kelibatnya di awal semester itu. Kegembiraannya hanya dapat saya kongsi dari jauh. Bukankah kemanisan ukhwah itu akan lebih terasa bila suka dan duka dikongsi bersama?
Ketokohan beliau amat saya kagumi hingga terkadang menjadikan saya teramat segan apabila cuba membandingkan diri saya dengan beliau. Siapalah saya yang hanya biasa-biasa sahaja. Malahan hendak membuat panggilan telefon pun saya fikir berulang kali. Di siang hari, takut mengganggu di tempat kerja ataupun sedang sibuk bermesyuarat. Di malam hari, selalunya jadualnya penuh dengan kuliah dan kerja dakwah. Benarlah, orang hebat akan sentiasa dimahukan oleh masyarakat.
Semoga beliau akan terus berjaya dan berjaya. Ingin saya katakan padanya, “ Ana uhibbuka fillahâ€. Setiap kali di dalam doa, selalunya saya tidak akan lupa mendoakan buatnya seisi keluarga agar sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah. Selamanya.
Hisham Ahmad
Hotel Seri Malaysia, Rompin, Pahang
10. 27 malam.
Hisham Ahmad
Latest posts by Hisham Ahmad (see all)
- Pasca PRU13, Pandangan Saya - 8 May, 2013
- Penamaan Calon PRU 13 - 19 April, 2013
- Buku : Aku Bercerita - 18 April, 2013
No related posts.

Facebook
Twitter
GooglePlus