Kami Pergi Melancong
Cuti hujung minggu lepas, antara pengisian yang dilakukan ialah melancong ke beberapa buah negara dalam masa yang singkat. Bukan untuk membeli- belah tetapi melihat keindahan rekabentuk bangunan-bangunan di beberapa buah negara. Untuk pergi ke negara-negara berkenaan bukan di dalam kemampuan saya buat masa ini, jadi Taman Tamadun Islam menjadi destinasi bagi menggantikan lawatan ke lokasi sebenar. Jom jelajah bersama kami melalui gambar-gambar yang sempat diambil.

Abu Nasr Parsa, Afghanistan
ABU NASR PARSA, AFGHANISTAN.
Dibina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka,Khwaja Abu Nasr Parsa.

Sheikh Lutfallah Mosque, Iran
SHEIKH LUTFALLAH MOSQUE, IRAN.
Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.

- Taj Mahal, Agra, India
TAJ MAHAL , AGRA, INDIA.
Siapa yang tidak tahu tentang kisah Taj Mahal ini? Ketika lawatan di monumen ini kami sempat menonton video berkisar pembinaan Taj Mahal ini dan juga misteri Taj Mahal Hitam.
Taj Mahal ini telah dibina oleh Maharaja Mughal kelima ( maksudnya merekabentuk dan mengarahkan ia dibina). Tujuan pembinaannya ialah bagi mengenang kisah cinta abadinya dan sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.

Great Mosque of Samarra, Iraq
GREAT MOSQUE OF SAMARRA, IRAQ.
Monumen ini merupakan sebuah masjid yang telah dibina semasa pemerintahan Khalifah Abbasiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-19. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia. Salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.

Kubbah As-Sakhrah, Baitul Maqdis, Palestin
KUBBAH AS-SAKHKRAH
Dibina pada tahun 692 M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.
Manakala yang sedang bergambar di situ ialah pemilik blog ini.

Kubbah As-Sakhrah

Kubbah As-Sakhrah
Lagi gambar yang sempat di ambil.

Di dalam Kubbah As-Sakhrah

Di dalam Kubbah As-Sakhrah
Ini merupakan replika batu yang dikatakan hendak mengikut Rasulullah SAW naik ke langit. Dilarang mengambil gambar di dalam monumen ini! (Lihat pada papan tanda yang diletakkan)

Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan
BADSHAHI MOSQUE, LAHORE, PAKISTAN
Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673 M. Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengkut sejarah ia boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.

Sultan Mosque, Singapore
SULTAN MOSQUE, SINGAPORE
Terletak di kawasan Kampung Glam, Singapura. Merupaka sebuah masjid yang terpenting di negara itu. Terkenal dengan kubah emas yang terletak di atas botol minuman yang didermakan oleh masyarakat setempat.
Agak-agaknya berapa skala nisbah monumen ini dengan yang asal melihat kepada saiz saya dan monumen tersebut?

Meneliti ‘Pasport Edutainment Park’
Ini ialah Nur Aqilah dan Nur Afiqah. Berehat sebentar sambil meneliti ‘Pasport Edutainment Park’ yang dibekalkan. Mungkin sedang memikirkan lokasi yang seterusnya untuk dilawati.

2 pelancong cilik. Berhampiran Arab Street, berlatarbelakangkan Masjid Sultan Singapura.
Gambar ketika Aqilah sedang menunjukkan monumen Taj Mahal kepada Afiqah.

Lagi Masjid Sultan Singapura

Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN, BRUNEI DARUSSALAM
Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke-28 dan dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.

Berapa nisbah dari yang asal?

Apakah??

Sekeluarga di Monumen Masjid Sultan Omar ALi Saifuddin
Lokasi terakhir yang sempat dilawati ialah Monumen Masjidil Haram. Selain di Monumen Taj Mahal, Monumen Kubbah As-Sakhrah, di sini kami juga sempat melihat tayangan video yang dipaparkan iaitu tentang perjalanan Haji bagi umat Islam.

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
AL-HARAM MOSQUE, MECCA, SAUDI ARABIA
Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu Kaabah, bermaksud ‘tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij’. Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz
Gambar ini merupakan kedudukan terbaik yang dapat diambil kerana tiada lagi kedudukan tinggi yang boleh saya panjat.
Memandangkan Aqilah dan Afiqah sudah mula penat dan meragam dek kerana keletihan dan kelaparan serta kepanasan, maka penjelajahan kami berakhir di sini. Sebelum pulang sempat membeli fidge magnet dan menikmati ABC.
Kunjungan kali ini sebenarnya tidak menyeluruh kepada semua monumen yang terdapat di sini. Antara monumen yang tidak sempat kami lawati ialah:
- Kudus Minar, Central Java, Indonesia
- Pattani Central Mosque, Thailand
- Aleppo Citadel, Syria
- Mosque of Mohamed Ali, Egypt
- Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia
- Suleyman Mosque, Turkey
- Great Mosque of Qairawan, Tunisia
- The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain
- Kalyan Minaret, Uzbekistan
- Great Mosque of Agadez, Niger
- Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia
- Xian Mosque, China
- TTI Waterwheel.
Insya Allah, pada lawatan yang seterusnya (belum tahu bila) saya akan menghabiskan penjelajahan ini dan mudah-mudahan suatu hari nanti kami akan dapat menjejakkan kaki ke lokasi yang sebenarnya. Amin.
Hisham Ahmad
Damansara, Kuantan
Hisham Ahmad
Latest posts by Hisham Ahmad (see all)
- Pasca PRU13, Pandangan Saya - 8 May, 2013
- Penamaan Calon PRU 13 - 19 April, 2013
- Buku : Aku Bercerita - 18 April, 2013
No related posts.
Facebook
Twitter
GooglePlus
MK Azman
26 June, 2012 at 12:59 am (360 days ago)Penulisan yang menarik.. bagus.. info yang bermanfaat.. bila syam duduk sebelah replika tu kan.. supo macam atromen.. hhe
Hisham Ahmad
26 June, 2012 at 1:06 am (360 days ago)Bangman, jangan bocorkan rahsia Syam pulak!!! Nanti ramai yang tau. Tiba-tiba rindu pada Planet Of Ultra di Nebula M78.
MK Azman
26 June, 2012 at 1:39 am (360 days ago)Eh kalau pi planet tu jangan lupa singgah Planet Arnica Q. beli kepok leko… hihi..
Hisham Ahmad
26 June, 2012 at 2:21 am (360 days ago)Eh, planet kat galaksi mana?? Takut tak sejalan je…
Suhailey Mohd Noor
26 June, 2012 at 1:09 am (360 days ago)entri yg bagus n menarik..bestnye kak jibah g jln2..
Najibah Mustaffa
26 June, 2012 at 1:11 am (360 days ago)Elly, kebetulan balik kampung
Siti Hajar Zakaria
26 June, 2012 at 1:36 am (360 days ago)best tgok gmbar2..dah mcm laporan jejak rasul..
Hisham Ahmad
26 June, 2012 at 2:21 am (360 days ago)Hehehehe.. Dulu memang berangan nak jadi wartawan Jejak Rasul… :p
Siti Hajar Zakaria
26 June, 2012 at 2:53 am (360 days ago)hehe..tahu x pe tuan..ada bakat..boleh apply jadi wartawan jjk rasul akan datang..
search engine marketing
20 July, 2012 at 9:42 am (335 days ago)Taj mahal dibina bergantung atas andas kayu jati yang tidak reput dalam air dan itu menjadikan monumen itu kalis gempa.