
Perjalanan saya dan isteri.
25 April 2009
Bertamu di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk program Nisa’ Indoor games.
Tidak sangka bertemu Paksu dan Maksu saya. Kebetulan mereka membuka gerai untuk Nisa’ Indoor Games ini. Rupa-rupanya Paksu saya mendapat makluman mengenai peluang membuka gerai ini melalui jirannya dan juga kawan kami, Cik Huda.
Dalam jam 1 petang, bertolak ke Stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Sempat singgah di rumah Kakngah di Desa Tun Razak.
Menaiki STAR menuju ke PWTC.
Berjaya mendapatkan Nota Hati Seorang Lelaki. Kebetulan buku yang saya pegang adalah stok terakhir pada ketika itu. Alhamdulillah.
Bertemu Ustaz Hasrizal.
Juga sempat bertemu Frizdan. Tidak sempat berbual sangat. Saya terkejar-kejar masa.
Walaupun agak banyak buku yang dibeli, rupa-rupanya kebanyakannya adalah untuk saya berikan hadiah.
Jam 6 petang bertolak pulang menuju ke Putrajaya untuk menginap di rumah Rahmat.
Singgah di SOHO Sungai Merab Jaya dan menunggu Nasir untuk sama-sama ke rumah Rahmat.
26 April 2009
Menuju ke Taman Puncak Jalil bersama Rahmat dan Naimah (isteri Rahmat) untuk ziarah ke rumah Ramadhan dan Khadijah.
Usai sesi perjumpaan di rumah Ramadhan & Khadijah, perjalanan diteruskan menuju ke rumah Ustaz Nazri dan Kak Mai; tidak lupa Najiyya, di Taman Pelangi Sentul.
Jam 1 petang bertolak pulang ke Jengka. Berehat dan dibekalkan dengan makanan dan juga pokok lada dan terung untuk dibawa pulang ke Kuantan.
Jam 7.20 malam tiba di Kuantan.
Hisham Ahmad
Kuantan













salam hisham…
manis kan ukhuwwah bila disemai… makin berkilau bila digilap… usah dibiarkan habuk dan debu menghiasinya,…
tahniah, dapat manfaatkan cuti sebaiknya… cukup berkualiti…
nnt jgn lupa menyinggah di teratak kami pula…
waalaykumussalam ustaz…
betul tu… bukan senang nak jumpa kawan-kawan.
Itu pun ada yang terasa hati sebab tak sempat jumpa…:upin01:
Insya Allah ada masa kita jumpa… :mail01:
hehe…bestnya.. antara yg dpt hadiah buku tu, kami lah. :) terima kasih byk2.hisham, nanti emailkan gambo kmai tu deh. jgn serik bertandang lagi..tak berani nak masak nasi yg best2 sebab takut tak menjadik (mengambil iktibar peristiwa karipap)..next time lah ekk :)
kak mai… dah hantar gambar kat emel…
tak tau la bila ke kl semula…
Lain kali, ustaz, kak mai dan najiyya datang rumah kami pula…
tima kacih. comey pulok muka najiyya bila takde dot merah kat pp..insyallah pjg umo bisa ketemu lagi
“sihat2″ belaka bakal2 ayah Julai 2009 ni yer..:) next time singgah la Saujana Impian..