26 Julai 2008

7.57 pagi
SMS

Soya : Ko dah sampai mana?
Hisham : Baru bertolak… Sori, dok setelkan benda2 kat rumah. Tengah renovate.
Soya : Aenen… Aku tido dulu la.. dah sampai bagitau
Hisham : Ok

(Ceish!! Tau la ko kerja malam!!)

10.00 pagi tiba di Ampang. Tidak lama kemudian Soya tiba. Menunggu Khairi untuk meneruskan perjalanan. Setelah cukup, singgah di rumah Soya. Hantar motorsikal. Perjalanan diteruskan menuju ke Puchong. Ke rumah Khairi. Juga untuk menghantar motorsikal. WPU 464 akan digunakan sepanjang aktiviti ini.





Jam 12.00 tengah hari tiba di Sekolah Kiblah.

Berjumpa dengan Abg Lan dan Abg Dolah.

Tidak lama kemudian Ust Amin sampai di rumah. Berbual-bual di dataran sebelah gelanggang bola tampar.



Ustaz Zahar dan Ust Rosdi belum kelihatan. Masih berada di Resort Kiblah.
( Masa bila pulak Kiblah ada Resort??? )

Setibanya Ust Zahar di sekolah, beranjak pula ke pejabat. Sesi perbualan diteruskan. Sedang asyik bersembang, Ust Rosdi tiba.



1.10 petang
Bertolak meninggalkan Sekolah Kiblah

Selesai Solat Zohor dan makan-makan perjalanan diteruskan ke Bandaraya Kuala Lumpur untuk aktiviti sendiri.

6.30 Petang
Tiba di Stesen Petronas Taman Melati. Helmi dan SAO telah ada menunggu. Sehingga jam 7.30, senarai kehadiran yang ada terdiri daripada Hisham, Soya, Nazim, Khairi, Helmi, SAO, Ayen dan Faridzman.

Selesai Solat Maghrib di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, peserta rombongan bertolak ke Terminal Putra untuk menjemput Ahmad Shah.

Hampir jam 9.00 malam tiba di lokasi pertemuan yang dijanjikan. BBQ Land.

Seramai 14 orang yang berjaya dikumpulkan untuk sesi pertemuan kali ini. Julung-julung kali diadakan. Sambutan yang memberangsangkan.



Rizman, Faridzman, Jebat, Shukri, Soya, Amin, Mad Shah, Hisham, SAO, Khairi, Nazim, Kamal, Ayen dan Helmi. Itulah jumlah yang dapat dikumpulkan untuk percubaan kali ini. Insya Allah selepas ini akan diadakan lagi.

Benarlah. Pertemuan kali ini langsung tidak mendatangkan jemu. Berpisahnya pula mengundang rasa resah dan gelisah. Ada yang sudah tidak bertemu selama 11tahun. Ada 12 tahun. Masing-masing dengan kehidupan tersendiri. Entah bila akan bertemu lagi.

Pelanggan-pelanggan yang datang silih berganti. Kami tetap tidak berganjak walau seinci. Kedai sudah semakin lengang, kami semakin rancak bersembang.

Dari meja hidangan, konon-kononnya semua hendak beransur pulang. Di tengah dataran berhenti seketika. Tanpa dirancang, sesi perbualan diteruskan kembali.



Rupanya bukan disitu berakhirnya perjumpaan ini. Tiba di hadapan pintu pagar restoran pun masih lagi terhenti perjalanan. Masing-masing berdiri dalam bulatan! Menyambung perbualan. Setelah bersalam-salaman pun masih tidak mahu beranjak pergi. Aktiviti bersembang tetap diteruskan.



Akhirnya, dengan rasa berat hati jam 12 tengah malam semua beransur pulang.

Koleksi gambar boleh dilihat di http://ahmadhisyam.fotopages.com

Get the Flash Player to see the wordTube Media Player.

Alam Persekolahan

Fakta yang disembunyikan :
Kategori Manusia Paling Rendah Dalam Kumpulan Ini akhirnya dinobatkan kepada saya..

Ada dikalangan kami yang tidak mengenali apa itu Yahoo Messenger.

———————————-

Hisham Ahmad
ilmuone.com

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon