Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Mini MAHA Pahang 2011

Waktu rehat sebelum Solat Jumaat sempat jugalah menjengah ke Mini MAHA Pahang 2011.

Walaupun hanya sekejap sahaja dan di tengah terik matahari yang teramat panas, tetapi kepuasan tetap ada. Banyak jugalah produk-produk yang dapat dinikmati sampelnya.

Perkara yang menjadi persoalan ialah, dari segi pemasaran produk-produk tersebut. Kalau dilihat pembungkusannya memang cantik dan menarik. Terdetik juga di hati untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana perniagaan mereka ini bersaing dan juga di mana dan bagaimana dipasarkan, namun apakan daya ruang masa hanya seketika.

Oh ya, sebelum saya lupa Mini MAHA Pahang 2011 ini berlangsung bermula hari ini, 27 Mei 2011 sehingga Ahad ini, 29 Mei 2011 bertempat di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Antara gamabr-gambar yang sempat diambil :

 

Menarik!

Produk daripada buah kundur

 

Antara gerai yang ada

Produk berasaskan nenas

Pokok Anggur

 

Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang

Hisham Ahmad

Latest posts by Hisham Ahmad (see all)

No related posts.

2 comments on Mini MAHA Pahang 2011

  1. azmietan
    27 May, 2011 at 11:48 pm (729 days ago)

    Sempat anak buah beli orkid ptg tadi di Mini MAHA ni.. ;o) Kalau kaum hawa pegi..takut taknak balik..hehehe…

    Reply
  2. admin
    28 May, 2011 at 8:33 am (728 days ago)

    Betul… Memang banyak bunga orkid yang dijual. Teringin juga nak beli tapi takde ruang nak letak di rumah.. hehehehe

    Reply

Leave a reply