Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Misi : Makan Tengahari

 

Bila orang tanya di mana tempat makan yang sedap, saya akan nganga. Definisi sedap tu sukar nak dijelaskan. Apatah lagi saya jarang sangat-sangat makan di gerai/restoran.

Kalau hari kerja macam mana? Ok, kalau saya bawa bekal tiada masalah. Kalau tak bawa bekal/bento, dulu selalu ke WS Santap. Sebabnya dekat dengan masjid. Lepas solat zohor terus pergi makan. Malangnya WS Santap dah tutup dan bertukar menjadi kedai mamak. Saya memang kurang sangat dengan kedai mamak.

Pilihan lain ialah di Restoran RnR kalau tak silap namanya.

Menu pilihan : (1) Nasi separuh
(2) Lauk : Keli @ cencaru sumbat sambal @ kembung bakar
(3) Ulam-ulaman @ kerabu perut
(4) Sambal [wajib]

Itulah menu selalunya. (Takde la selalu sebab saya jarang makan di kedai). Pernah saya ambil ikan pari bakar tetapi kurang kena.

Ini gambar lama… Bukan gambar ketika makan tadi. ( Gambar ni ketika keluar makan dengan isteri saya )

Ok, sebenarnya saya nak cerita perkara lain. Tengahari tadi saya makan di sini. Cuba menu baru pula iaitu sup “daging bertulang”. Errr,,, SEDAP!!!!! Boleh masuk dalam senarai. Lauk-lauk yang lain saya macam tak berkenan untuk dicuba.

Lupa pula nak ambil gambar sup tadi.

Saya dan isteri (anak-anak tak terbabit sebab masih kecil) kini dalam berhati-hati dalam memilih makanan. Masing-masing berusaha menurunkan berat badan. Bersenam hampir setiap hari.

Dari segi pemakanan, apa yang saya buat sekarang ialah :

1. Sarapan :  Susu dan telur 1/2 masak @ sandwich @ baked bean
2. Dalam jam 10.00 pagi : Snek
3. Tengahari : Makan seperti menu di atas ataupun kalau yang bergoreng etc tu kuantiti dijaga.
4. Petang : Snek
5. Malam : Roti @ Sup @ apa-apa yang berpatutan kuantitinya.

Itu kalau di rumah. Kalau balik kampung…………………… Jeng je jeng!!!! Susah!! Tapi kena kawal juga. Yang penting ada bakar kalori.

Hisham Ahmad
Kuantan

Hisham Ahmad

Latest posts by Hisham Ahmad (see all)

Artikel berkaitan:

  1. Balik Kampung Dan Makan
  2. Tak cukup….

1 comment on Misi : Makan Tengahari

  1. Najibah Mustaffa
    1 November, 2012 at 7:25 am (206 days ago)

    eh, baru perasan entri ni :D

    Reply

Leave a reply