Relung Masa : Ingin Jadi Ustaz?
Jengka…. Tahun 90-an.
Apalah yang kanak-kanak kecil itu tahu tentang kepelbagaian cita-cita. Yang sering terungkap di kalangan mereka hanyalah ingin menjadi Polis, Askar, Cikgu, Posmen, Doktor, Kerani, Peguam…. Hanya berlegar di sekitar nama-nama itu. Bila ada seorang guru menceritakan tentang sains dan angkasa lepas, juga adanya pekerjaan yang dipanggil ASTRONOMI, barulah ada yang berani menjaja cita-cita ingin menjadi Astronomi atau ada yang lebih umum menyatakan ingin menjadi Saintis.
Saya?
Antara yang pernah saya tulis… Polis, Penyiasat Persendirian, Pelukis, Guru. Pernah juga terlintas untuk ditulis Peguam sebagai salah satu cita-cita, tetapi menyedari bahawa saya bukanlah orang yang gemar bercakap dan berhujah, jadi saya merasakan cita-cita itu langsung tidak layak untuk saya.
Itu kisah ketika sekolah rendah. Cita-cita hanya sekadar tulisan pada kertas. Keseronokan bermain bersama-kawan-kawan lebih utama daripada memikirkan cita-cita. Waktu di sekolah belajar sebaiknya; ketika di rumah dan cuti sekolah, lain pula suasananya. Cuti adalah cuti. Prinsip seorang kanak-kanak kecil bernama Hisham.
Bila dikenang kembali zaman sekolah rendah itu, di celah-celah relung masa kenangan, hadir satu bayangan rupanya saya pernah menyematkan cita-cita ingin menjadi Ustaz.
Di sekolah guru-guru dengan pelbagai watak dan penampilan. Ada yang garang, ada yang mesra, ada yang selekeh, ada yang ‘satu warna’ ( dari kepala sampai ke kaki pakaian mesti warna yang sama). Ketika itu tidak terfikir untuk bercita-cita menjadi Ustaz. ( Yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah saya ( Tahap 1) adalah Ustazah. Ustaz pula sudah agak berusia. Jadi semuanya saya nampak biasa-biasa sahaja.
Ketika darjah berapa saya pun sudah lupa, ada guru-guru praktikum di sekolah. Salah seorangnya adalah Ustaz (saya lupa nama). Yang saya masih ingat ialah dia memakai cermin mata. Apa yang pasti saya merasakan Ustaz itu sangat hebat. Baik akhlaknya, hebat ilmunya. ( Pandangan budak kecil.. :p )
Dari situ tersemat cita-cita ingin menjadi seorang Ustaz. Masa berlalu, kini cita-cita yang pernah saya simpan itu rupanya tidak terlaksana. Apa yang saya ingat cita-cita saya itu bukan secara umum tetapi saya letakkan secara spesifik. Ustaz yang saya ingin jadi itu seorang yang menghafaz Al-Quran, mahir hukum hakam, hebat bahasa arabnya, pandai berceramah, akhlaknya mulia.
Perubahan masa banyak merubah segalanya. Bidang pengajian saya menjurus kepada gelaran Ustaz tetapi saya bukanlah Ustaz yang pernah saya gambarkan.
Kini ustaz semakin ramai, setara manakah kualitinya? Atau ustaz kini hanya pada nama….
…………………………………………..
Dalam relung masa
Segmen-segmen citra melatari
Kembara menelusuri kenangan
Menyingkap rahsia diri
Hisham Ahmad
Kuantan.
Hisham Ahmad
Latest posts by Hisham Ahmad (see all)
- Pasca PRU13, Pandangan Saya - 8 May, 2013
- Penamaan Calon PRU 13 - 19 April, 2013
- Buku : Aku Bercerita - 18 April, 2013
No related posts.

Facebook
Twitter
GooglePlus
Najibah Mustaffa
5 November, 2012 at 6:33 am (226 days ago)Alahai comelnya budak kecik yang nak jadi ustaz tu :p
Hisham Ahmad
5 November, 2012 at 6:38 am (226 days ago)Lalalalalalalalala… (Suara comel-comel )
Najibah Mustaffa
5 November, 2012 at 6:50 am (226 days ago)Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang…
:p
norainiahmad
6 November, 2012 at 11:35 pm (224 days ago)Bunga kat poket tu mmg x boleh lawan..hehe
Hisham Ahmad
7 November, 2012 at 9:25 am (224 days ago)Kakti yang letak bunga kertas tu… Huhuhu