Riadah : Kolam Renang, Felda Residence Tekam
Cuti 5 hari sempena Aidil Adha baru ni, kami (saya, isteri, anak-anak, adik dan anak-anak saudara) beraktiviti di kolam renang. Dua kali pergi. Kali pertama hari Khamis sebelum raya dan kali kedua hari Sabtu lepas raya.
Sebelum masuk cerita tentang renang-renang ni, jom tengok gambar mentari terbit di pagi hari.

Matahari terbit. Lokasi : Jengka Sebelas.
Lokasi riadah kali ni adalah di Felda Residence Tekam, Jerantut. Jarak dalam 16 km dari rumah Jengka.
Sesi pertama pergi memang seronok sangat-sangat sebab selain kami, cuma ada tak sampai 6 orang pelawat lain. Kemudian tinggal kami sahaja dan kolan tu dah jadi macam milik sendiri. Malangnya lupa bawa kamera.
Kali kedua pergi, mula-mula dah ada satu keluarga. Tak lama kemudian penuh la pulak. Sampai ada yang bentang tikar menunggu giliran (kot).

Aqilah dan Ibu. (Ibu tolong jagakan barang)
Aqilah mula-mula takut tapi akhirnya seronok bukan main lagi. Afiqah pulak tak padan dengan kecil, nak berenang tak bagi pegang! Anak-anak saudara yang lain memang dah ‘hantu air’ (gile kentang!!!) Main di gelungsur macam-macam gaya. Termasuk la saya… -.-’
Oh ya, ada papan tanda yang tulis makanan luar tak dibenarkan bawa. Tapi ada juga keluarga yang bawa masuk dan tak ditegah oleh budak yang jaga kolam renang ni. Jadi, disebabkan semua dah lapar maka makanan yang dibawa (asalnya nak makan di tempat lain lepas penat berenang), isteri saya pun dengan selambanya ambil makanan bawa turun.

Inilah papan tanda amaran tu
Kembali pada cerita renang. Nampaknya ilmu yang saya belajar ketika di Wisma Belia Kuantan tak dapat dipraktikkan sangat… Rugi.
Jom tengok gambar-gambar yang sesuai dipaparkan.

Mula-mula sampai… Tersangatlah lengang
Nampak??? Masa ni sorang je budak yang main. Err… dengan ayah dia.

Abg Nik, Amin dan Haikal. Semua anak saudara. Tiga-tiga tak pandai berenang. Tapi selamba main tengah-tengah.
Ini 3 orang budak lain emak lain bapak…

Afiqah taknak terlepas aktiviti renang.
Afiqah punya la seronok main air tapi masalahnya nak berenang macam orang besar. Tak bagi pegang sangat sebab nak posisi berenang dengan kaki tolak-tolak air.

Seronok sangat dapat main kolam. Dah besar dah Aqilah.

Yay!! Aqilah dah berani main ni!!! Tapi kat bawah kena ada sepupu-sepupu perempuan atau ayah untuk sambut sebab takut tenggelam… :p

Laaaa.. Ada jugak abang hensem ni?????

Wahhh!!!! Dah pandai berenang!

Style apa ni????

Sebelum balik…. Dah ramai yang datang….
Insya Allah lain kali akan datang lagi….. ^^
Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang.
Hisham Ahmad
Latest posts by Hisham Ahmad (see all)
- Pasca PRU13, Pandangan Saya - 8 May, 2013
- Penamaan Calon PRU 13 - 19 April, 2013
- Buku : Aku Bercerita - 18 April, 2013
Artikel berkaitan:
Facebook
Twitter
GooglePlus