Di dalam hati kau ada dia yang kau sentiasa ingat. Sentiasa kau doakan. Berharap yang baik-baik untuk hidupnya. 

Di dalam hatinya rupanya tiada ruang untuk kau. Jika ada pun mungkin di saat-saat pertolongan kau diperlukan. 

Apa perlu kau keluarkan dia dari hatimu? Atau biarkan ia tetap mendiami di ruang yang ada? 
Sebenarnya, kau tidak tahu apa benar kau tiada di dalam hatinya. Melainkan dia sendiri mengatakan. Atau kau lihat dia membina tembok untuk menghalang kau menghubunginya. Atau dia memanah dirimu dengan anak-anak panah kebencian.
Selebihnya hanya sangkaan-sangkaan yang datangnya dari syaitan.
Tidak mengapa kau biarkan dia terus berada di dalam hatimu. Bukan bermakna kehadirannya mencuri ruang yang ada. Bahkan apa yang kau perlu buat ialah membesarkan hatimu. 
Hati itu tidak terhad ruangannya. Sifatnya relatif. Kau boleh saja mengizinkan seberapa ramai untuk kau isi—lalu kau terus membesarkan hati kau.
Tak perlu kau hiraukan persoalan adakah kau di hatinya. Asalkan kau tahu dia ada di hatimu dan semoga ketulusan dan keikhlasan hatimu akan terus membiaskan cahaya bahagia buatmu. Agar dapat kau kongsi cahayanya bersama mereka yang sudi menerima.
#tentanghati #tentangukhuwah 

Hisham

Berharap sedikit – memberi banyak.

Artikel berkaitan:

  1. Terpenjara Di Ruang Maya
  2. Adik beradik -Di Hari Raya
  3. Permata Hati