Sebelum Syawal
Berlalu sudah Ramadhan. Kini kita berada di bulan Syawal. Namun bagi kiriman kali ini, saya akan meletakkan gambar-gambar sekitar suasana sebelum menyambut Syawal.
Sebelum Pulang Ke Jengka

Pengerusi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi JKSP (KRISPA) - Majlis Khatam Al-Quran, program yang dianjurkan oleh KRISPA dan JKSP.
Sepanjang Ramadhan, Program Tadarus Al-Quran telah diadakan buat julung-julung kalinya. Semoga setiap ahli mendapat kebaikan daripadanya. Inilah salah satu program yang dijalankan oleh KRISPA, kerana selain program-program riadah dan kebajikan yang lain, adalah seharusnya program yang bersifat kerohanian turut sama diadakan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan dalam masa yang sama, sisi penyerahan sumbangan Hari Raya daripada KRISPA dapat dijalankan serentak.
Di Jengka
Menjadi anak pertama yang sampai di rumah bagi kategori anak-anak di perantauan. Bertolak dari Damansara Kuantan jam 7.00 pagi dan singgah di rumah kawan isteri untuk mengambil baju yang diupah. Kasihan isteri dan anak-anak kerana baju tidak siap dan terpaksa bawa balik baju tersebut untuk dijahit sendiri.
Sampai di rumah, anak-anak saudara yang sudah memang ada di rumah ingin mencuba DSLR saya. Ini adalah gambar saya yang diambil sebelum menuju ke Bandar Jengka untuk tujuan rambut digunting. Seperti biasa, kedai-kedai gunting penuh sesak.
Manual 1/60 F5.3 ISO 400
Pada waktu petang, seperti tahun-tahun kebelakangan, memasang pelita adalah antara rutin yang dijalankan oleh saya. Tidak ada kena mengena dengan malam 7 likur kerana tujuannya adalah untuk menambahkan seri (dan tambah aktiviti) di malam hari di samping untuk tujuan kemudahan anak-anak saudara bermain bunga api.
A 1/100 F5 ISO 200
Pemasangan pelita hanya saya hadkan pada waktu tertentu dan tidaklah sepanjang tahun kerana ia adalah simbolik kesyahduan Ramadhan. Berbeza dengan lemang yang kini bukan lagi hanya ada di hari raya tetapi bila-bila masa sahaja boleh diperolehi terutama di Kijal, Terengganu (Gerai Lemang yang berderetan).
Berbanding dengan lemang yang kini bertukar tradisinya, saya lebih mengharapkan agar kuih Tepung Pelita menjadi makanan yang boleh diperolehi sepanjang tahun, bukan hanya ketika bulan Ramadhan.
Gambar-gambar ketika pelita mula hendak dipasang dan ketika sudah dipasang berserta aktiviti.
 Siang
Nak jadi hulubalang ke ni??? Aqilah bukan main lagi...

Ketua Skuad Pemasang Pelita (selepas gunting rambut)

Ahli Skuad Pemasang Pelita
Sebelum dinyalakan
Malam
Pelita yang telah dinyalakan
Persembahan Bunga Api ..( S 15 F29 ISO3200 )
Bunga Api lagi
Ziarah Sahabat
Sebelum Syawal juga, saya dan isteri berserta anak-anak sempat ziarah sahabat di Temerloh. Untuk bertemu di hari raya tidak sempat, maka waktu yang ada digunakan sebaiknya. Selain berziarah dapatlah juga melihat bayinya yang belum berkesempatan melihat sebelumnya.
A 1/4000 F5.6 52mm
Kesemua aktiviti ini adalah sebelum saya demam.
Demam di penghujung Ramadhan.
Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang
Hisham Ahmad
Latest posts by Hisham Ahmad (see all)
- Pasca PRU13, Pandangan Saya - 8 May, 2013
- Penamaan Calon PRU 13 - 19 April, 2013
- Buku : Aku Bercerita - 18 April, 2013
No related posts.
Facebook
Twitter
GooglePlus
azaref
6 September, 2011 at 8:39 pm (627 days ago)salam,
aku suka gambar pelita yg menyala tu, cantik… lehlah wat kad raya nanti…
admin
8 September, 2011 at 8:40 am (626 days ago)Waalaikumussalam..
Hehehe.. Gambar pelita menyala tu banyak sangat dalam simpanan. Tak ingat berapa kali ambil. Baru belajar-belajar….