Terengganu, Berhari Raya
Pada 4 Syawal, bertolak pulang ke Terengganu bagi giliran di rumah mertua. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami terpaksa bertolak lewat kerana bateri kereta pula sudah tamat khidmatnya. Raya kali ini tidak banyak rumah yang sempat diziarahi.
Sementara Isteri pergi beli keropok lekor, sempat juga ambil gambar sendiri
Pagi Sabtu, menuju ke Kampung Batu Hampar. Pertama kali memasuki wilayah ini dan saya menggunakan bantuan Garmin. Ada 2 lokasi sahaja yang dapat dikesan iaitu Masjid Kampung Batu Hampar dan juga Stesen Caltex. Saya memilih Masjid Kampung Batu Hampar sebagai destinasi dan kemudiannya Ustaz Nazri datang menjemput.
Masjid Kampung Batu Hampar.
Gambar secara tiba-tiba.

Tengah BBM ke Ustaz?

Di tengah adalah paling tidak handsome... Hmm, sila kurangkan berat badan lagi.
Kenapa ni Kakak??
Selesai berziarah ke rumah Ustaz Nazri, kami menuju ke Bukit Besar pula untuk beraya ke rumah Che De. Tidak sempat berlama-lama di sana, program ziarah diteruskan ke Tok Jembal, iaitu rumah Mok Yah.
Selesai solat di situ dan berehat seketika, berangkat pulang dan seperti yang dijangka, kesesakan lalulintas terpaksa dihadapi.
- Bersama Mok Yah dan keluarga di Tok Jembal. Aqilah tiada sebab nak berkepit dengan Ayah..
Kesesakan lalulintas.
Keesokannya, selepas zohor, pulang ke Damansara Kuantan.
Hisham Ahmad,
Kuantan.
Hisham Ahmad
Latest posts by Hisham Ahmad (see all)
- Pasca PRU13, Pandangan Saya - 8 May, 2013
- Penamaan Calon PRU 13 - 19 April, 2013
- Buku : Aku Bercerita - 18 April, 2013
No related posts.
Facebook
Twitter
GooglePlus
Najibah
19 September, 2011 at 10:23 am (639 days ago)gambar kakak sangat comel dan nampak macam budak nakal yg ceria..:D
Hisham
19 September, 2011 at 10:29 am (639 days ago)Terer….