Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Mimpi membuah rindu

 

Selalunya bila sebut mimpi, macam-macam yang tak diduga berlaku dalam mimpi tersebut.

Malam tadi saya bermimpi.

Memang lah sangat caca marba dan tak logik. Lokasi dalam mimpi saya ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka Sebelas.  Dalam mimpi itu, saya dalam usia sekarang malahan ramai yang wujud dalam mimpi tersebut adalah rakan-rakan pejabat. Suasananya bertukar-tukar kadang-kadang dalam kelas dan kadang-kadang dalam bilik mesyuarat.

Walaupun dalam umur sekarang dalam mimpu tu, tapi masih bergelar murid dengan baju dan beg sekolah.  ( Dah namanya mimpi, memanglah tak logik)

Tiba-tiba dah sampai waktu balik sekolah dan rupa-rupanya turut ada dalam mimpi tu ialah anak saudara saya yang turut bersekolah. Kami berjalan dan sekejap berlari keluar dari kelas menuju ke pagar sekolah lama (bangunan sekolah adalah yang lama dalam mimpi saya).

Dari jauh nampak mak sedang tunggu menjemput untuk pulang ke rumah.  Seperti zaman-zaman saya sekolah rendah dulu. Menunggu dengan motor CAF ****.

Anak saudara saya duduk di raga depan dan saya bonceng di belakang.  Sambil berbual dengan mak.

Ketika itu saya rasa sangat gembira dan bahagia.

Kemudian terjaga dari tidur. Tersenyum dan rasa bahagia itu masih ada. Teringat mak di kampung. Mendoakan agar diberi kesejahteraan dan dirahmati Allah sentiasa.

Ketika ini pun saya masih merasai perasaan di dalam mimpi malam tadi. Sungguh saya merindui wajah seorang ibu.

Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang.

 

 

Hisham Ahmad

Latest posts by Hisham Ahmad (see all)

No related posts.

Leave a reply