• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Twitter updates

Popular Posts

bento

Bento 30 Nov 2011

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Bento saya dan isteri. Berlainan saiz. ...

Aqilah

Selamat Hari Lahir A

"Tak payah tempah lah. Biar Abang  je yang buat kek ...

DSC_1232

Baraan, Tradisi Di P

Sebagaimana aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan mengikut blok seperti kenduri-kendara, ...

30-tahun

30 tahun!

Usia memasuki 30 tahun. Saya merenung kembali perjalanan usia di ...

kuyt2

Kita Menang Bergaya,

Pertemuan dengan musuh tradisi di Anfield, para pahlawan kita penuh ...

Sponsors

22 Julai 2011, usia Nur Aqilah tiba pada angka 2 tahun. Apa rencananya? Tiada sambutan majlis hari lahir. Tiada makan-makan di restoran mewah. Bahkan tiada hadiah buat si kakak! Hari dilalui seperti biasa. Ya seperti biasa. Seperti hari-hari lain, doa sentiasa dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T agar anak-anak kami ini akan menjadi anak yang solehah. Diberi kefahaman agama dengan sebenarnya, dan sentiasa ditunjukkkan jalan yang benar. Selamanya. Doa yang juga dibaca setiapkali mengucup ubun-ubun mereka.

Sebelumnya, pernah juga isteri mencadangkan untuk menempah kek. Bukan untuk diadakan sambutan di rumah tetapi untuk di hantar ke Firdhaus 1 Stop Centre, untuk Aqilah berkongsi bersama kawan-kawannya di sana.

Atas beberapa sebab (termasuk kewangan), cadangannya saya tolak  dengan jawapan berani mati.

“Tak payah tempah lah. Biar Abang  je yang buat kek tu”
(Ya, jawapan berani mati kerana saya tidak pernah membuat kek!)

Seminggu selepas 22 Julai 2011, kek yang saya janjikan itu berjaya dihasilkan. Terlewat atas permintaan cikgu/pengasuh di Firdhaus 1 Stop Centre. Juga kerana beberapa hari kemudian saya outstation di Rompin.

41 Biji Cupcakes

Inilah rupanya kek cawan yang saya buat. Tidak cantik. Tidak menarik. Tidak ada hiasan keanak-anakan untuk kakak yang hanya berusia 2 tahun. Cukuplah ia hasil daripada tangan saya sendiri dengan penuh kasih dan sayang.

Kesempatan hujung minggu baru-baru ini, ketika isteri perlu menghadiri bengkel di Kolej Universiti Shahputra dan Afiqah di hantar ke Firdhaus 1 Stop Centre, Aqilah saya bawa bermain di Taman Bandar. Hadiah hari lahir buatnya.

Selamat hari lahir yang ke 2 buat anakanda yang dikasihi!!

Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang

No related posts.

3 Responses so far.

  1. avatar Najibah says:

    sedapnya cup cake!nak tempah boleh?:D

  2. avatar admin says:

    Dah update blog… Jangan dengki!!! :p

  3. avatar Najibah says:

    hihi..ayang update hari2..laaagi terer!!! :D