Bunyinya memang di luar sangkaan. Kenapa tajuk entri kali ini tentang lebaran? Lebaran bermakna hari raya. Sakitkah saya kerana di bulan Rejab ini hendak berbicara tentang hari raya, tentang lebaran?

Saya rasa ada peniaga yang lebih sakit kerana telah ada iklan JUALAN SEMPENA HARI RAYA di akhbar tempatan! Berkerut dahi juga saya melihat iklan tersebut. Wah, ghairahnya hendak berhari raya! Lebih ghairah lagi hendak mengaut keuntungan!



Jika pembaca ada membaca entri saya sebelum ini iaitu Mencari Semangat Yang Keciciran pasti bertemu dengan luahan hati saya. Luahan tentang Penawar Rindu- Kembalikan Semula.

Sebagai ingatan awal. Saya menegaskan bahawa bukanlah niat saya hendak membawa dakyah kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan melalui nasyid-nasyid yang akan saya sertakan. Oleh itu, setiap bait-bait lirik di dalam nasyid itu perlu diperhatikan. Saya akan cuba menapis nasyid-nasyid tersebut dan kalaupun ada, saya akan cuba menerangkannya di mana wujudnya fahaman Al-Arqam.

Ini adalah entri pertama berkisar tentang nasyid yang saya rindui. Harapan Di Hari Lebaran. Nostalgianya mengembalikan saya kepada zaman kanak-kanak. Saya sertakan lirik nasyid tersebut terlebih dahulu sebelum saya kisahkan nostalgia tersebut.

———————————

Get the Flash Player to see the wordTube Media Player.

Harapan Di Hari Lebaran

Insan di dunia menyambut hari raya
Ingatlah pada mereka yg tiada berharta
Miskin dan papa mereka juga umatnya
Bantulah agar mereka bahagia di hari mulia

Mereka yang tidak berpunya
Ayah dan bonda juga saudara
Mereka perlu bantuan
Agar sempurna di hari lebaran

Harapkan belas kasihan
Darimu insan
Itulah harapan

Miskin di dunia tiada berharta benda
Redhalah itu ujian dunia padamu
Tapi awaslah jikalau iman tiada
Hidupmu tiada akan bahagi di dunia akhirat

*****

Nasyid ini tidak saya hiraukan bila masa yang sesuai untuk dipasang ketika zaman kanak-kanak dulu. Pada fikiran saya, lagu itu seolah-olah luahan hati saya. Hidup dalam kesusahan. Hidup sebagai anak yatim. Luahan tentang harapan di hari lebaran. Keinginan ingin seperti orang lain. Sebab itu saya suka putarkan tidak kira musim hari raya ataupun tidak.

Selalu juga saya menangis (bersembunyi ) ketika mendengar nasyid ini. Mungkin ketika itu saya terlalu mengaitkannya dengan kehidupan saya.

Sehingga kini, sebenarnya tidak kira suasana juga; jika saya rasa hendak mendengar lagu Ramadhan ataupun lagu hari raya saya akan pasangkannya.

Saya baru selesai mendengar lagu Anak Pejuang, dan kini sedang mendengar lagu Pengisian Ramadhan – Nadamurni ketika menulis entri ini.

Hisham Ahmad © ilmuone.com

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon