Akad yang menjadikan saya sebagai seorang suami.
Terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Nazri Chik atas penghormatan yang diberikan di dalam blog beliau. Saya sungguh terharu.
Saya paparkan kembali apa yang beliau catatkan di sini.
………………………………………………………………..
Alhamdulillah di hujung minggu lalu, telah selamatlah akhi Hisham melangsungkan perkahwinan dengan pilihannya. Saya dan keluarga mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kedua mempelai beroleh segala kebaikan daripada perkahwinan ini.
Saya tidak pandai berpuisi, tapi cuba mencatatkan seperti berikut untuk direnungkan oleh kedua mempelai:
Dengan lafaz “aku terima nikahnya”
Kau kini bergelar suami, bergelar isteri
Ikatan suci, janji pada Ilahi
Dengan payungan, ayah bonda restui
Dan doa sahabat-handai, sanak saudara huluri.Kini kau tidak seorang lagi
Kini, atas nama suami dan isteri
Tempuhilah duka yang datang melanda
Nikmatilah suka yang datang bertamu.Jadilah bagai mentari dan bulan
Pasangan yang diciptakan Ilahi
Mentari yang gagah
Bulan yang lembutMentari dan bulan, hidup bersama
Saling gilir mengganti, tidak saling melukai
Selalu menepati janji, mentari muncul membuka pagi
Bulan hadir menghiasi malam
Terus jujur, dalam kehadiranJadilah bagai mentari dan bulan
Sungguhpun jauh di atas, bersama menerangi alam
Cahaya dan kehangatannya, dirasai semua
Tenaganya menggerakkan kehidupan.Jadilah bagai mentari dan bulan
Terikat sinergi, terus berbakti
Walau badai, ribut dan hujan melanda
Mentari terus muncul dengan kehangatannya
Bulan terus hadir dengan kelembutannyaGetarannya terus dirasakan seluruh makhluk
Cintanya terus dirasakan seluruh alam
Cinta hakiki, hanya kerana Ilahi.


Tahniah atas ikatan pernikahan…
Semoga kalian bahagia selamanya..
Ingat pesan ana, jaga Najibah elok2 yer..
Hawa diciptakan dari rusuk adam..
Bukan dari kepalanya untuk menjadi atasannya
Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya…
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya..
Dekat dengan lengannya untuk dilindunginnya..
Dan dekat pula dengan hatinya untuk dikasihi,disayangi dan dicintainya…
Janji Allah pasti benar
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..
Dan bila suatu cinta itu berlandaskan cinta pada yang Esa,kehidupan pasti BAHAGIA…
Buat Hairin & Nizam,
Terima kasih kerana sudi memenuhi undangan kami ke Terengganu
Terima kasih atas doa kudus yang dititipkan buat kami
dan…
Terima kasih kami juga buat kalian atas sebuah ikatan persahabatan yang makin terasa manisnya.
Salam…Selamat Pengantin Baru buat Abg Hisham dan Kak Bah..smga bahagia hingga ke akhir hayat…
slmt pengantin baru buat hisham dan isteri..
maaf xdapat dtg ke majlis walimah sbb blk kg mertua..
semoga kalian kekal bahagia dan sentiasa di bawah berkat Ilahi..aminn..
ChikCham&KakBah
cerita kawen2 ni dh ada di blog faiz & mas-n sdkt gbr
lg byk gbr di http://picasaweb.google.com/faizfaiza83/KBahKahwin# dan mas punya http://picasaweb.google.com/maha703
ralat sikit rasanya xblh ambil gbr krg btul2..xpela..jnji dh slmt b2 *wink*
Sheikh, tahniah..Aku minta maaf bebanyak..memang dah plan nak pergi..Tapi kebetulan isteri aku ada kerja di Shah Alam, tak dapat nak pergi kenduri kat rumah ko..Ingat nak pergi hari Isnin, tapi mesti dah habis nasi minyak..Hahahah..
Sorry bro..Tengah cuti hoenymoon ker?
Salam Tuan Hisham dan Puan Najibah…hehe,
Klu dah kawin, wanita dipanggil Puan, tp lelaki still Encik. So, saya nak ubah call Tuan Hisham la.
Anyway, my wife & I would like to wish u, hepi together and pray both of u 2gether 4ever till Jannah. Dont worry bout rejeki, insyaAllah after married, more rejeki will come and always stay calm and remember Him always.
Sori xdpt hadir, ada aral melintang di highway. Doa2la kt kami mudah2an my wife dpt transfer kesisiku atau kesikuku. Apa je lah. Salam Halal dariku. Hehehe
Terima kasih.
Takpe.. ada juga wakil kawan-kawan daripada TAHAP yang datang… :D
Tuan Hisham?? Itu la panggilan kat ofis…
Takpe..tanda ingatan tu pun dah seribu rahmat.
assalamualikum my best fren…congrats 4 ur wedding with Najibah…as cute as her name..hehe =).. gambar mase gi kenduri korang kat jengka dulu telah aku abadikan kat Frenster aku & Forum “www.tahapian.co.nr”… Semoga bahagia dunia akhirat.. Kalu dulu, aku sibuk tanya, bila nak kawin? Lepas nie aku nak sibuk lagi tanya “Bila nak dapat baby?” haha… =P
erk..ada asst plak skrg yer..hehe..=)
Sian Hisham…semoga laptop tu menyembuhkan dirinya secepat mungkin…mesti banyak kerja terbengkalai kan?
salam..
tahniah.. dua2 cantik., dua2 lawa, dua2 padan, 2 x 2 = 4. insyaAllah…. :-D
tahniah……hebat btul Tuan Hisham & Pn Najibah ni……???*%$# buat akak, jg diri elok2 tau…
abg hisham, jg buah hati tu…..maklum laaaaaa tgh……jgn marah arrr….
Tererla Tuan Hakim.. ckp ngan Pn Najibah jaga ???*%$# baik2.. ckp ngn dia jgk bkn sy yg sebar2 cerita.. huhu …
Diorang kt office dh boleh agak sb masing2 bt spekulasi.. Ustaz Saifudin hanya tersenyum dan ckp tak tau je.. tapi dia jugak yg kena..
waalaykumussalam.
Terima kasih…. Errr.. tak tau nak cakap apa lagi… Selamat Belajar!
Oooo..patut pun… kitorang ni tunggu sampai ke petang, tak muncul-muncul.
Sedang menghabiskan cuti yang tinggal beberapa hari.
Terima kasih atas penat lelah sepanjang majlis. Tak sabar nak tengok gambar..
pae@yis+Dhia Humaira,
Syukran atas ingatan dan doa. Hisham tak online sekarang ni, sebab laptop dia rosak, dan sekarang ada conference di PICC, Putrajaya 5-6 Nov.