
Ramai yang mengatakan filem Ayat-ayat Cinta itu hebat. Saya pula memilih dengan menyatakan bahawa ia bukanlah sehebat yang digambarkan. Bahkan jika diulangtayang kembali di televisyen, saya tidak pasti samada saya akan menontonnya ataupun tidak. Berkemungkinan besar, saya tidak akan menontonnya. Cukuplah sekali sahaja.
Pendapat saya ini disebabkan kerana :
Ketika novel Ayat-ayat Cinta ini mula diterbitkan di Malaysia di bawah syarikat Ar-risalah, saya telah membacanya. Ketika itu fenomena tentang kepopularannya di kalangan rakyat Malaysia saya kira tidaklah berleluasa. Mungkin juga ketika itu tidak ramai yang mengetahui mengenai novel ini. Saya berasa sungguh bertuah menjadi di antara yang terawal mengenali novel Ayat-ayat Cinta hingga berjaya mempengaruhi ramai orang untuk membelinya dan juga menjadikannya sebagai hadiah.
Fahri merupakan watak yang dikagumi saya. Melalui pembacaan novel itu, minda kita akan membayangkan berdasarkan watak, suasana, perlakuan dan seumpamanya. Pendek kata, kita bebas membayangkannya dengan berpandukan kepada apa yang dinukilkan oleh penulis.
Fahri saya lihat sebagai seorang yang ’suci’ dan hebat dalam banyak perkara. Begitu juga watak-watak lain, semuanya ada di dalam gambaran. Apatah lagi novel itu telah berulang ulang saya baca.
Hinggalah pada satu ketika saya dikejutkan dengan berita bahawa Ayat-ayat Cinta hendak difilemkan. Perasaan saya tidak enak. Hinggalah apabila trailernya dikeluarkan, perasaan saya bertambah tidak selesa.
Untuk saya kupas satu persatu dan perbezaan ketara antara novel dan filem, saya tidak sanggup. Bakal menambah luka di dada.
Gambaran saya pada watak Fahri di dalam filem : Tidak nampak ketokohan sebagai pemimpin pelajar sebagaimana di dalam novel.
Saya tidak suka gaya rambut Fahri yang tidak kemas.
Amat menjengkelkan saya adegan ketika di jambatan. Ketika Fahri dan Maria berbual-bual berdua. Apatah lagi cara mata Fahri memandang. Berbicara tentang hubungan Mesir dan sungai NIl, juga tentang jodoh.
Babak ketika ditangkap juga cuba dibuat kononnya mendebarkan. Sedangkan di dalam novel Fahri begitu tenang. Malahan juga teman sebilik dipenjara juga tidak sama wataknya. Adakah dengan menukar watak daripada seorang prosfesor, dan 2 orang pemuda kepada seorang yang kurang siuman itu berbaloi?
Enggan lagi saya mengulas filem ini. Terlalu jauh dari novel asal. Saya lebih rela sekiranya filem ini ditukar tajuknya kerana apabila nama AYAT-AYAT CINTA digunakan, saya merasakan bahawa ia telah mencalar hati nubari saya. Alangkah baiknya jika ia tidak dikaitkan dengan AYAT-AYAT CINTA. Dan pada ketika itu mungkin saya boleh menerima jalan cerita tersebut.
Sekiranya ingin mencari kepuasan tentang jalan cerita Ayat-ayat Cinta, saya cadangkan supaya membaca novelnya. Di situ kita akan temui banyak ilmu dan pengajaran.
Tidak lama lagi akan terbit filem KETIKA CINTA BERTASBIH, juga daripada novel Kang Abik ( Habibur Rahman Al-Syirazi). Saya tidak menanti-nantikan filem tersebut kerana bimbang novel itu akan mengalami nasib yang sama seperti novel Ayat-Ayat Cinta apabila difilemkan.
Err… Atas Sajadah Cinta juga telah didramakan tapi saya tidak pernah menontonnya. Ada di Astro.
Mari kita hayati video di bawah. Lupakan tentang filem Ayat- Ayat Cinta.
Hisham Ahmad


yeps, i second that.
keindahan watak dan akhlak fahri telah dicemari dalam filem ini. sedangkan watak-watak dalam buku tu digarap sedemikian rupa bukan sekadar untuk kesan dramatik, tetapi sebagai ilmu dan tauladan pada kita.
juga tentang intipati pengajaran yang ada dalam surat-surat antara fahri dan noura dan juga nurul. tidak dapat diselitkan sekali dalam filem demi menjaga selera penonton yang mahukan hiburan semata.
afterall. buat filem ada kosnya, pastilah pembikin mahu memerah segala potensi untung yang ada.
*sigh*
biase ler bro nak komersialkan film memang banyak skrip asal di ubah suai… hehehe malas nak komen lebih2 bab film nie kurang arif skit
setuju dgn pndapat di atas..
Kann.. bak kata ko. Filem ini akan dinobatkan jalan cerita yang baik bagi mereka yang tidak membaca novelnya.
So sad!
bila tgk filem terasa menyampah pulak kat fahri..dah la tak kemas, & tak nampak pulak ketokohannya sbg pemimpin pelajar yang disukai ramai..
tp hakikatnya, watak fahri tak patut dipersalahkan. yang patut dipersalahkan ialah pengarah filem..saya pasti penulis buku ayat2 cinta Habibur Rahman Al-Syirazi juga tak berpuas hati dgn filem ni..
agak konpius…boleh ke fahri kawin dgn Maria yg masih belum ISLAM & dalam keadaan koma? ada sape2 boleh explain?
kmai pun baru tgk filem ni. tak best lah. pendek kata ntah hapa2…-pandangan ikhlas nih-
Filem tak best langsung…berbeza sgt ngan novel sebenar… hilang unsur2 islamik dalam filem tu… geram..geram..geram (nada ipin)..but, Thanks to my wife for introduced me firstly the novel b4 the movie…
kann…. memang terasa kelainannya…
Hamba baru saja tengok cerita The Kite Runner dan sudah baca pun novel tu.. So far, tak lari sangat. Cuma untuk bermain dengan emosi dan faham rasa hari Amir, kena baca novel… :D
Lari tajuk la pulak….
[...] ni? Hahaha aku malas la nk ulas. Bace jela ape kate org lain pasal filem ni kat sini ataupun sini. Suggestion aku, tgk je dua2 (filem + novel), then buat penilaian sendiri. Bagi aku, terkesan jugak [...]
btl.2 sy tgk filem dulu br baca novel. Maklumla waktu tu bz nk spm. tp ble tgk cter tu, kwn2 sy kata lain dpd novel. sy tgk dr filem tu pun, watak Fahri takde ketokohan, nmpk lemah. tp ble sy bc novel pulak, sy tgk watak Fahri jauh lbih baik dan matang. jd ketua antra rkn2, sgt berwibawa. kalau dr filem, dia nmpk lemah. sy suka novel lg dpd filem.
salam. sy setuju sgt2. sy tgk filem dlu br bc novel. maklumla, nk dkt2 spm tak smpat bc novel lg. lps tgk cter tu, kwn2 sy kata tak sme ngn dlm novel. lain sgt. so sy pon bc la novel tu. n sy nmpk watak Fahri dlm novel sgt matang dan berwibawa. tp dlm filem sgt lemah dan tak berdikari. dlm filem sy rasa watak Aisya lg menonjol. itula, sy lg suke novel dia dpd filem. :D
Hmm, untuk pengetahuan akhi, filem Ketika Cinta Bertasbih ini insyaAllah akan berbeza dri filem AAC. Ini kerana filem AAC ini Ustaz Habiburahman yang sendiri terlibat dalam pembikinannya dan dia juga turut berlakon.
Filem AAC difilemkan tanpa penglibatan beliau, 100% diarahkan oleh pengarah yang mungkin tidak memahami syariat Islam, sebab itu ia jauh dari Novel AAC yang sebenar. Khabarnya, Ustaz Habiburahman sendiri melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap AAC.
Cuba lihat trailer Ketika Cinta Bertasbih, insyaAllah ia lebih baik dalam situasi kita dahagakan filem islami yang penuh nilai2 moral.
Ralat (pembetulan)
” Ini kerana filem KCB (ketika cinta bertasbih) ini Habiburahman yang sendiri terlibat dalam pembikinannya dan dia juga turut berlakon.”
Untuk maklumat saudara Khairul Azzam ( ingatkan watak KCB yang betul tadi), saya telah menulis tentang KCB di http://www.ilmuone.com/hiburan/makna-tersirat-sebuah-hiburan/
Sehingga kini masih tidak berpeluang menontonnya.
Kann.. saya lebih tegar andai filem ini tidak disamakan atau dikaitkan dengan novel Ayat-ayat Cinta.
Bayangkan, andai satu hari kita tanya pada seseorang. “Kau dah baca novel Ayat-ayat Cinta?”
Kemudian dia akan jawab.” Dah tengok filem dia, tak payah la baca novel.. kann”.
Waktu tu dah jadi kerja kita pulak untuk ceritakan bahawa KETIDAKSAMAAN antara novel dan filem. Juga emosi yang timbul di antara kedua-duanya.
Sampai sekarang tertanya-tanya. Motif kenapa babak awal dalam filem dibuat ‘kalut’ dengan adegan komputer diserang virus , dan juga babak di dalam penjara.
Apakah??
Gila kentang betul!
Itu la masalahnya. Kalau nak ubah pun jangan la melampau sangat.
Ish…
Geram..geram.. geram.. ( Ayat Ipin)