take_a_picture

Tersentuh hati saya tatkala menerima emel daripada Ustaz Zamri. Tidak saya sangka apa yang saya tulis di blog sebelum ini mendapat balasan emel.

Emel yang menambahkan semangat saya untuk terus menulis.

Emel yang turut menjadi peringatan buat saya agar sentiasa ikhlas.

Emel yang juga memberi nasihat sebelum saya bergelar ayah.

Emel Daripada Ustaz Zamri

Emel Daripada Ustaz Zamri

Wa ‘alaikum salam Hisyam,
Ustaz baru baca email Hisyam pagi ni dan terus tengok blog anta..terharu ustaz bila anta rakamkan kisah pertemuan kita..catatan anta menjadi tazkirah kepada ustaz untuk menilai semula keikhlasan diri dalam kehidupan seharian.. sememangnya usaha untuk meningkatkan dan mengekalkan keikhlasan dalam amal adalah satu perjuangan yang amat sukar..
Kebetulan semalam ustaz baru belajar buat blog dengan kawan sebilik (sekarang ustaz sedang bermesyuarat di Langkawi. Petang ni akan balik ke Bangi). InsyaAllah kalau ada masa ustaz berazam untuk menyertai sahabat-sahabat yang telah bergelumang dengan dunia blog ini.. Di era ICT, Globalisasi dan macam-macam ni sememang para da’i perlu bertindak untuk tidak ketinggalan dengan arus yang sedang laju bergerak..banyak yang ustaz perlu belajar daripada anta khususnya tentang blog…insyaAllah ada peluang kita jumpa..

TAHNIAH kerana bakal menjadi bapa..jangan lupa doakan untuk anak anta hari-hari..walaupun dia masih di dalam kandungan tapi dia sudah mempunyai roh dan sudah bersedia untuk diTARBIYAH…wallahua’lam

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk terus menulis. Agar dapat saya menyumbang walau sekecil cuma di pentas ini. Agar terus diberikan ilham dan pengalaman untuk saya cernakan menjadi nota peringatan buat diri sendiri  dan kepada mereka yang lain.

Permudahkanlah Ya Allah. Perkenankanlah Ya Allah.

Hisham Ahmad

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon